HomeEkonomiKerajaan Perlu Melihat Keseluruhan Rangkaian Sebelum buat Sesuatu Dasar

Kerajaan Perlu Melihat Keseluruhan Rangkaian Sebelum buat Sesuatu Dasar

Read Time:1 Minute, 24 Second

PARLIMEN – Kerajaan diminta melakukan satu pendekatan holistik sebelum mengumumkan sesuatu dasar ujar Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

Katanya sesuatu dasar yang diumum tanpa mengira implikasinya  akan menyebabkan keseluruhan rantaian pengeluaran hasil pertanian negara terganggu dan boleh mengakibatkan kesan yang drastik kepada pengeluaran.

Mengambil contoh apabila beras putih  import dinaikkan harga daripada satu harga yang rendah iaitu RM 3.60, kerana mahu menyesuaikan harga beras di pasaran antarabangsa, ianya memberikan kesan kepada pengeluaran beras putih tempatan

“ Apa yang berlaku bila beras putih import dinaikkan harga ? ianya menyebabkan beras putih tempatan hilang dari pasaran”

“ apabila ia hilang dari pasaran, Sama ada berlakunya manipulasi atau tidak,  itulah tugasan kerajaan untuk menyemaknya katanya ketika membahaskan usul titak diraja di Parliman hari ini.

Tambah Ronald lagi apabila beras import dinaikan harga, tetapi beras putih tempatan dikekalkan harga, ianya menyebabkan manipulasi dan kehilangan beras putih tempatan di pasaran tempatan

Kerajaan tidak boleh mengolah dasar yang separuh masak, tidak boleh mengubah dasar yang piecemeal , tetapi apa juga tindakan kerajaan dan dasarnya harus melihat keseluruhan rantaian industri pengeluaran hasil tempatan negara kita.

” Begitu juga bila pengerusi taskforce mengumumkan satu pendekatan baharu, tanpa mengira dan membelakangkan Kementerian Pertanian dan keterjaminan makanan”

Dalam menguruskan kos sara hidup, kita tidak boleh melihat kos bersih keatas pengguna, tetapi harus melihat kepentingan industri pengeluaran pertanian itu secara keseluruhanya

Kita tidak boleh melihat harga beras perlu dikurangkan, harga produk pertanian harus rendah tanpa mengira kos operasi yang meningkat yang ditanggung oleh petani dan pengeluar hasil pertanian itu sendiri.

Sebab itu dalam melihat, mengurus kos sara hidup, aspek pengeluar aspek petani-petani di negara kita harus diambil kira bersama oleh kerajaan dalam mengolah satu dasar yang holistik katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Isu SMM, klip video ADUN disifatkan lebih kepada ‘sakit hati’ dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular