HomeEkonomiRinggit Dijangka Terus Mengukuh, Didagang Pada Rm4.50 Berbanding Dolar As Pada Akhir...

Ringgit Dijangka Terus Mengukuh, Didagang Pada Rm4.50 Berbanding Dolar As Pada Akhir 2024 – Amir Hamzah

Read Time:1 Minute, 12 Second

PARLIMEN — Kementerian Kewangan memberi jaminan bahawa nilai Ringgit yang merosot ke paras terendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dijangka pulih pada separuh kedua 2024.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ia akan disumbangkan oleh unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak empat hingga lima peratus tahun ini, sekali gus memudahkan pemulihan ringgit ke paras RM4.50.

“Penganalisis pasaran menganggarkan ringgit di bawah nilai antara lapan hingga 10 peratus. Bagaimanapun, unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia empat hingga lima peratus tahun ini dijangka memudahkan pemulihan ringgit berbanding dolar AS kepada RM4.50,” katanya

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (PH-Bagan) pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini, sama ada Ringgit akan mencapai paras rendah RM5 berbanding dolar AS berikutan kejatuhan nilai yang ketara dalam tempoh 26 tahun.

Tambah Amir Hamzah lagi, kerjasama Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersedia untuk meningkatkan aliran masuk wang ke dalam pasaran pertukaran asing bagi mengukuhkan nilai ringgit.

Katanya BNM juga sentiasa bersedia untuk mengambil langkah campur tangan dalam pasaran pertukaran mata wang asing untuk membendung pergerakan mata wang yang dianggap berlebihan.

“Sebagai contoh, BNM akan menjual mata wang dolar AS daripada rizabnya untuk menyekat kelemahan ringgit yang berlebihan.

“Usaha yang dilakukan kerajaan menunjukkan keberkesanan dan tiada keperluan untuk menggunakan instrumen seperti tambat ringgit atau menutup pertukaran ringgit seperti yang dilakukan semasa Krisis Kewangan Asia,” katanya

RELATED ARTICLES
Utama

SSMJ kerjasama dengan agensi Kerajaan pastikan miskin tegar di Sabah dinoktahkan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular