HomeSukanSabah FC, Lotto terus jalin kerjasama harungi saingan Liga Malaysia 2024/2025

Sabah FC, Lotto terus jalin kerjasama harungi saingan Liga Malaysia 2024/2025

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu :  Sabah FC meneruskan perkongsian berterusan bersama pengendali jenama sukan terkenal, Lotto dalam mengharungi kempen saingan Liga Malaysia 2024/2025.

Pengarahnya, Mohd Joh Wid berkata,  penyambungan kerjasama ini adalah pilihan yang termaktub dalam perjanjian yang telah ditandatangani pada 2021 di antara Sabah FC dan Lotto.

“Saya yakin rekabentuk, kualiti dan pemilihan fabrik yang dipilih oleh Lotto amat sesuai dengan cuaca dan citarasa para penyokong dan peminat Sabah FC,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Joh berkata, pihaknya turut berharap jersi yang digunakan Sabah FC untuk kempen musim 2024/2025 akan terus mendapat sambutan penyokong dan peminat seperti tahun-tahun lalu.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pembangunan Perniagaan dan Strategi Lotto Malaysia, Amirul Syafiq Azidin berkata, mereka teruja untuk meneruskan sokongan mereka kepada Sabah FC.

Katanya, Sabah FC-Lotto telah bekerjasama sejak 2021 dan kini sedang membincangkan hubungan jangka pendek serta panjang yang akan membawa kedua-dua jenama ke tahap yang lebih tinggi.

Sejak Datuk Ong Kim Swee dilantik sebagai ketua jurulatih Sabah FC penghujung 2021, kelab itu telah mencapai tahap yang membanggakan apabila menamatkan saingan di tempat ketiga Liga Super 2023 dan berjaya mara sehingga ke suku akhir Piala FA, buat kali pertama sejak 2007.

Sabah FC juga berjaya menamatkan saingan sebagai naib juara Liga Super dan mara ke suku akhir Piala FA, suku akhir Piala Malaysia dan separuh akhir Zon Asean Piala AFC.

Amirul menambah, banyak kejayaan yang  dilakar Sabah FC dalam masa yang singkat dan berharap kerjasama ini akan dapat diteruskan. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular