HomeIsu tempatanSembilan keluarga terima sumbangan bakul makanan

Sembilan keluarga terima sumbangan bakul makanan

Read Time:45 Second

Beaufort : Sembilan keluarga yang terlibat dengan insiden kebakaran di Kampung Bakalau pada 21 Februari lalu menerima sumbangan berupa bakul makanan.

Sumbangan itu disalurkan melalui pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Beaufort di sini baru-baru ini.

Ketua Cawangan KPDN Beaufort, Julie Julhani berkata, sumbangan itu merupakan bantuan yang disalurkan pelbagai pihak bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden kebakaran itu.

“Baru-baru ini kita telah hadir ke kampung berkenaan bagi menyalurkan bantuan berupa bakul makanan yang turut disumbangkan oleh pelbagai pihak.

“Dan kita berbesar hati untuk sama-sama membantu dan menghantar sumbangan ini kepada keluarga terlibat khususnya dalam meringankan beban mangsa terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Terdahulu, sebanyak sembilan buah rumah di Kampung Bakalau, di sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku petang Rabu lalu.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan selepas penghuni rumah sempat keluar menyelamatkan diri. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN Beaufort

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tiga kompaun dikeluarkan ke atas premis hiburan langgar peraturan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular