HomeUtamaSabah juara pertandingan kebudayaan MSKPPM peringkat Kebangsaan

Sabah juara pertandingan kebudayaan MSKPPM peringkat Kebangsaan

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Kontinjen mewakili Sabah muncul juara dalam pertandingan kebudayaan sempena Pesta Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (MSKPPM) peringkat Kebangsaan di sini semalam.

Pertandingan yang diadakan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah itu dirasmikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

kumpulan tarian mewakili Sabah

Selain itu, Sabah turut mengungguli vokalis terbaik; drummer terbaik (wanita); gubahan muzik terbaik dan kumpulan tarian terbaik.

Tempat kedua pertandingan berjaya dimenangi negeri Selangor yang turut memenangi bass terbaik; percussion terbaik dan penari terbaik perempuan.

Pemenang vokalis terbaik dari Sabah

Bagi tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak.

Beberapa anugerah lain turut disampaikan antaranya gitaris terbaik yang dianugerahkan kepada Sarawak; kibod terbaik (Kedah); busana terbaik (Kedah) dan penari terbaik lelaki (Sarawak).

Terdahulu, ketika berucap Arifin berkata, penganjuran pertandingan seumpama itu mampu menyuburkan minat pada seni kebudayaan dalam kalangan guru dan kakitangan bukan guru yang memberikan impak positif dalam memartabatkan dan menjulang kebudayaan negara.

Kontinjen mewakili Selangor

“Saya percaya, setiap pasukan masing-masing telah menunjukkan kehebatan dalam mengetengahkan konsep etnik kreatif irama Malaysia yang menekankan tiga elemen kebudayaan iaitu tarian, nyanyian dan musikal kombo.

“Oleh itu, sekali lagi saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak MSKPPM Cawangan Sabah kerana telah berusaha menjayakan pertandingan sebegini yang akan menjadi pemangkin dalam meningkatkan martabat professional warga KPM agar dapat  terus dijulang terutama dalam bidang kebudayaan.,” katanya.

Pertandingan melibatkan 10 pasukan yang bertanding termasuk negeri Sabah telah berjaya menghimpunkan seramai 24 orang peserta bagi setiap pasukan dengan jumlah keseluruhan 240 orang warga Pendidikan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular