HomeUtamaKadar zakat fitrah Sabah ditetapkan RM7.50

Kadar zakat fitrah Sabah ditetapkan RM7.50

Read Time:51 Second

Kota Kinabalu: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) mengumumkan kadar zakat fitrah di Sabah pada tahun ini ditetapkan pada kadar RM7.50.

Kadar zakat fitrah di Sabah yang perlu dibayar umat Islam di negeri ini telah diumumkan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Yahya Hussin pada majlis pengisytiharan Zakat Fitrah 1445 Hijrah / 2024 Masehi di sini, hari ini.

Yahya berkata, kadar zakat fitrah yang ditetapkan itu, adalah berasaskan sukatan satu gantang baghdad atau bersamaan 2.7 kilogram beras yang dimakan majoriti penduduk negeri Sabah.

Beliau turut menasihatkan umat Islam di negeri ini agar memuliakan Ramadan dan menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang ditegah agama Islam sepanjang bulan berkenaan.

“Bagi mereka yang tidak dapat mengerjakan ibadat puasa kerana uzur syar’ie (dibenarkan oleh syarak) hendaklah menghormati saudara seagamanya yang sedang melakukan ibadah puasa dan ditegah makan dan minum di tempat yang terbuka di premis – premis perniagaan pada siang hari sepanjang bulan Ramadan,” katanya.

Umat Islam di seluruh negara dijangka mula berpuasa sempena Ramadan tahun ini pada Selasa depan (12 Mac). – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Utama

Pengalaman Mengecewakan dengan Fly Pass Syarikat Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular