HomeUtamaPersiapan sambut Ramadan, barangan sekolah musnah dalam kebakaran

Persiapan sambut Ramadan, barangan sekolah musnah dalam kebakaran

Read Time:2 Minute, 0 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BONGAWAN: Kegembiraan menyambut Ramadan dan pembukaan semula sesi persekolahan pada tahun ini bertukar duka apabila rumah yang didiami lebih 50 tahun musnah dalam kebakaran di Kampung Laut Bongawan semalam.

Kejadian kebakaran membabitkan sembilan buah rumah musnah 100 peratus dan dua buah lagi terbakar 10 peratus itu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada mangsa yang terlibat.

Seorang mangsa Rohani Maidin, 51, berkata, pada masa kejadian kira-kira jam 11 pagi Isnin itu, kedengaran suara teriakan “api” dari sebelah rumah.

“Saya terus melihat keluar ada asap tebal atas bumbung rumah jiran saya dan dalam beberapa saat saja api mula marak dan cepat merebak mungkin disebabkan keadaan cuaca panas dan kering sekarang.

“Saya hanya sempat selamatkan anak dan anak-anak saudara saya seramai lapan orang keluar dari rumah, namun tidak dapat menyelamatkan harta benda lain, tapi tidak apa yang penting nyawa kami semua selamat,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Rohani (kiri) bersama kakaknya Mariana dan ahli keluarga lain ketika menerima sumbangan dari MUIS di Surau Assyhuhadah Kg Laut hari ini.

Manakala kakak Rohani, Mariana, 56, merupakan golongan orang kurang upaya turut meluahkan rasa sedih kerana persediaan pakaian dan peralatan sekolah anak-anak mereka juga turut musnah.

“Pakaian dan peralatan sekolah anak-anak yang baru dibeli malah barang-barang persiapan menyambut Ramadan juga turut musnah,” katanya.

Bagaimanapun, Mariana berkata, mereka sekeluarga redha dan menganggap kejadian itu ada hikmah yang lebih baik disebaliknya.

Bagi mangsa seorang nenek berumur 84 tahun, Masni Ag Asim, dia bersama cucunya dikenali sebagai Wawa, 22, terselamat dari kebakaran itu.

Mangsa Masni mengesat air mata berkongsi cerita ketika ditemui sanak saudara yang datang melawatnya.

“Sebaik mendengar dan melihat api mula marak di rumah jiran, kami berdua terus keluar dan lari ke tempat yang selamat.

“Walaupun umur saya begini, seperti saya ada kekuatan yang luar biasa, yang kami fikirkan nyawa saya bersama cucu saya selamat, itu saja,” katanya.

Arifin bersama rombongan MUIS melawat mangsa dan meninjau lokasi kebakaran di Kg Laut Bongawan.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Pendidikan dan Hal Ehwal Agama Islam Datuk Mohd Arifin Mohd Arif bersama rombongan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melawat mangsa-mangsa kebakaran di Kg Laut Bongawan hari ini.

Dalam lawatan itu, Arifin turut menyampaikan bantuan berupa barang keperluan dan makanan serta sumbangan tunai kepada 25 ketua isi rumah yang terjejas dalam kebakaran itu.

Bantuan tersebut disumbangkan daripada MUIS dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS). 

RELATED ARTICLES
Utama

Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia diarah memulakan tugas serta-merta –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya