HomeUtamaAgensi negeri, persekutuan perlu kerjasama laksana projek pembangunan tahun ini

Agensi negeri, persekutuan perlu kerjasama laksana projek pembangunan tahun ini

Read Time:2 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Semua agensi negeri dan Persekutuan di Sabah digesa untuk sentiasa bekerjasama dalam memastikan kesemua projek pembangunan bernilai RM6.6 billion yang diluluskan dibawah Roling Plan 4 (RP4), Rancangan Malaysia Ke- 12 (RMK12) dilaksanakan pada tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, peruntukan pembangunan yang diterima bagi tahun ini adalah bagi melaksanakan pelbagai program termasuk pembangunan premis (Tamu Desa), pembaikan, pembersihan dan perawatan Sungai Tuaran.

Selain itu, ia juga termasuk projek tebatan banjir, pembinaan sekolah baharu, menaik taraf dan selenggara sekolah daif serta pembinaan klinik kesihatan baharu.

“Adalah penting bagi mewujudkan sinergi antara agensi kerajaan negeri dan Persekutuan bagi memastikan pelaksanaan segera semua projek ini demi kepentingan rakyat,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali; Timbalan Ketua Menteri,Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin

Hajiji berkata, semua pihak perlu mempunyai keperluan atau iltizam yang tinggi dan bekerja pantas untuk menyelesaikan masalah dengan semangat inklusif Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan pembangunan Sabah.

Katanya, kaedah penyampaian perkhidmatan yang lama tidak lagi terpakai untuk pelaksanaan berkesan setiap dasar kerajaan.

“Sebaliknya, kita perlu menambah baik sistem penyampaian bagi mempercepatkan proses kelulusan di setiap jabatan. Selain itu, agensi kerajaan mesti memanfaatkan sepenuhnya kepesatan teknologi termasuk pendigitalan dalam melonjakkan penyampaian perkhidmatan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, ini juga penting bagi memastikan kerajaan menjadi pemudahcara kepada semua pihak, terutama sektor swasta yang menjadi pemacu ekonomi negara.

Beliau turut mengulangi gesaan agar semua wakil rakyat dan ketua jabatan turun padang supaya masalah-masalah yang menjejaskan rakyat dapat diselesaikan dengan segera.

Katanya, sehingga Januari lalu, Sabah telah membelanjakan sebanyak RM4.9 bilion atau 97.01 peratus daripada peruntukan di bawah RP3 RMKe-12.

Hajiji turut menggesa agar semua kementerian, jabatan dan agensi pelaksana mengambil tindakan proaktif dalam memastikan prestasi RP4 RMKe-12 seiring dengan prestasi nasional.

Penganalisis ekonomi menggelar 2023 sebagai tahun peralihan ekonomi negara dan 2024 adalah tahun pelaksanaan bagi semua dasar yang sudah dirancang, katanya sambil menambah ekonomi dijangka stabil walaupun berdepan pasaran global yang tidak menentu.

“Kerajaan terus komited dalam usaha pembaharuan ekonominya untuk menarik pelaburan bernilai tinggi melalui inisiatif pemangkin di bawah kerangka ekonomi Madani, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP).

“Antara sektor yang akan mendapat manfaat daripada strategi ini ialah sektor pembinaan kerana kerajaan memperuntukkan RM72.3 bilion bagi pengangkutan, air dan tenaga,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JKM

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular