HomeUtamaJPNS diminta ambil langkah pastikan murid tidak terjejas akibat cuaca panas

JPNS diminta ambil langkah pastikan murid tidak terjejas akibat cuaca panas

Read Time:59 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri meminta Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) untuk mengambil langkah perlu khususnya yang berkaitan dengan situasi cuaca panas yang melanda Sabah pada ketika ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pihaknya yakin JPNS dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan warga sekolah khususnya murid dan pelajar tidak menghadapi masalah kesihatan disebabkan cuaca panas.

“Pertama sekali kita akan sentiasa memantau keadaan cuaca dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khususnya JPNS akan memberikan maklumat dari masa ke masa mengenai perkara yang berkaitan dengan cuaca ini.

“Sudah pasti KPM khususnya JPNS berkolaborasi dengan pihak berkaitan dengan keadaan cuaca ini dan kita juga akan beri maklumat dari masa ke masa kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), pengetua dan guru-guru besar jika berlaku atau keperluan berkaitan dengan keadaan cuaca pada masa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Semarak Ramadan di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini hari ini.

Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah turut berharap agar para murid dan pelajar termasuk guru sentiasa menjaga kesihatan khususnya ketika cuaca panas.

“Mudah-mudahan cuaca kita akan pulih, mudah-mudahan akan ada hujan dan sebagainya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular