HomeUtamaKeningau lokasi pertama guna CMFS di Sabah

Keningau lokasi pertama guna CMFS di Sabah

Read Time:1 Minute, 43 Second

Keningau : Daerah Keningau menjadi lokasi pertama di negeri ini yang akan menggunakan Sistem Pengurusan Perladangan Berpusat (CMFS)  khususnya dalam meningkatkan pengeluaran padi hingga lima tan metrik sehektar.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, CMFS itu merupakan program rintis pertama hasil kerjasama di antara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sabah dengan syarikat swasta Agriculture Chemicals Sdn Bhd dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Keningau.

Katanya, melalui kerjasama itu para petani akan diterapkan dengan amalan pertanian tepat di samping mendedahkan mereka dengan teknologi, pengurusan secara agronomi serta pengunaan input yang betul.

Menurutnya , program perintis itu tertumpu kepada pemantauan penanaman padi, khususnya di kawasan Magatang, di sini yang ketika ini hanya mampu mengeluarkan kira-kira 2.5 tan metrik sehektar.

“Melalui kerjasama ini, petani akan diterapkan dengan amalan pertanian yang tepat di samping mendedahkan mereka dengan teknologi, pengurusan secara agronomi dan pengunaan input yang betul.

“Inovasi CMFS adalah selari dengan hasrat kementerian untuk membudayakan konsep Inovsasi Nasional Keterjaminan Agromakanan Rakyat (PINTAR).

“Kita juga berharap agar lebih banyak lagi inovasi akan diwujudkan bagi memastikan peningkatan produktiviti dan kelestarian sektor agro makanan negara bergerak seiring dengan keperluan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Peladang Sempena Pelancaran Sistem CMFS di Kampung Magatang, di sini hari ini.

Arthur berkata kementeriannya mensasarkan menerusi aplikasi teknologi itu, ia dapat meningkatkan purata pengeluaran padi purata di kawasan Magatang kepada empat hingga lima tan metrik sehektar berbanding 2.5 tan metrik sehektar ketika ini.

Pada majlis itu, Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan turut menyampaikan Bantuan Khas Sumbangan Tunai 2024 (BKST 2024) kepada pesawah yang aktif menanam padi.

“Bagi BKST Fasa 2, PPK Keningau menerima RM630,000 untuk diagihkan kepada 1,050 penerima dengan setiap pesawah menerima RM600 seorang.

“Kita juga meminta pesawah, petani dan peladang yang belum lagi berdaftar dengan PPK supaya segera berbuat demikian kerana ada pelbagai manfaat boleh diperolehi jika menjadi ahli Pertubuhan Peladang seperti kursus, bantuan baja dan subsidi,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini seramai 2,701 petani berdaftar dengan PPK Keningau, manakala kira-kira 200 orang lagi belum berdaftar. – SABAH MEDIA / FOTO KPKM

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular