HomeUtamaDua mangsa cedera di kepala, tercampak keluar dari permainan 'sotong ride'

Dua mangsa cedera di kepala, tercampak keluar dari permainan ‘sotong ride’

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Dua mangsa lelaki dan wanita cedera di kepala selepas tercampak keluar ketika menaiki permainan dikenali sebagai ‘sotong ride’ di funfair (pesta ria) Jalan Stadium Likas dekat sini kira-kira jam 8 malam tadi (6 Mac).

Permainan ‘sotong ride’.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.58 malam mengenai kejadian itu.

“Sepasukan Bomba dari Balai Kota Kinabalu tiba di lokasi kejadian mendapati seorang mangsa perempuan mengalami kecederaan di kepala selepas tercampak keluar dari permainan di funfair tersebut.

“Mangsa telah diberikan rawatan awal oleh anggota pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan seterusnya dihantar ke hospital Queen Elizabeth menggunakan Jentera EMRS Bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, dalam kejadian sama, seorang lagi mangsa lelaki telah dibawa oleh pihak Ambulans ke Hospital Queen Elizabeth II sebelum pihak Bomba sampai di lokasi kejadian.

“Dan hasil daripada maklumat yang Bomba perolehi mangsa lelaki tersebut juga mengalami kecederaan di bahagian kepala.

“Operasi ditamatkan pada jam 9.40 malam tadi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular