HomeIsu tempatan30 pelajar terima sumbangan peralatan sekolah

30 pelajar terima sumbangan peralatan sekolah

Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Seramai 30 orang pelajar terdiri dari golongan kurang berkemampuan sekitar Tanjung Aru dan Sembulan menerima sumbangan berupa peralatan sekolah di sini semalam.

Sumbangan atas inisiatif Penglibatan Ibu Bapa,Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah itu disampaikan Focal Person Kebangsaan PIBKS Sabah Mohammad Arif Tun Sakaran di Masjid Al-Kauthar Tanjung Aru.

Mohammad Arif berkata, sumbangan itu adalah bagi membantu keluarga kurang berkemampuan dalam menyediakan keperluan sekolah yang akan bermula Isnin ini.

“Hari ini kita menyerahkan sebanyak 30 beg kepada pelajar di kawasan Tanjung Aru dan Sembulan.

“Pemilihan penerima yang layak adalah berdasarkan atas cadangan dari pihak jawatankuasa Masjid Al-Kauthar Tanjung Aru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan penyerahan bantuan awal persekolahan dan sumbangan buah kurma di sini semalam.

Dalam pada itu, Mohammad Arif berkata, keciciran pendidikan dalam kalangan pelajar di negeri ini dilihat mula berkurangan atas inisiatif Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) yang sentiasa membuat pemantauan berterusan.

“Saya melihat isu keciciran di Sabah pada tahun ini dilihat berkurangan berbanding tahun sebelumnya dimana saya difahamkan JPNS sentiasa memberi keutamaan kepada isu ini selain turut membuat pemantauan.

“Jadi pihak kita juga sama-sama turut membantu dalam memastikan isu keciciran ini terus dapat diatasi dengan sebaiknya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular