HomeIsu tempatan59 PATI warga Indonesia dihantar pulang

59 PATI warga Indonesia dihantar pulang

Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Sabah (JIM Sabah) menghantar pulang seramai 59 warga Indonesia menerusi Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Siri Ke-5 untuk kategori usir melalui laut bagi tahun 2024, hari ini (6 Mac).

Program ini melibatkan pemindahan tahanan warganegara Indonesia terdiri daripada 53 lelaki dan enam perempuan berumur antara 21 tahun hingga 59 tahun.

Kesemua tahanan daripada Depot Imigresen Tawau sahaja dengan kerjasama Konsul Republik Indonesia (KRI) di Tawau dan proses pemindahan tahanan dengan iringkawal masuk sehingga ke dalam Feri FRANCIS EXPRESS dari Pelabuhan Tawau ke Pelabuhan Nunukan.

Sementara itu, Pengarah Imigresen Negeri Sabah Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, kesemua PATI yang ditahan di Depot Imigresen telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara.

“Oleh itu, semua warga asing adalah diingatkan untuk memastikan mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah dan permit kerja yang dibenarkan (untuk bekerja di Negeri Sabah, Malaysia) terlebih dahulu sebelum masuk ke negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sh Sitti Saleha turut menegaskan semua agensi penguatkuasaan di Negeri Sabah akan sentiasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara.

“Operasi pemindahan ini adalah merupakan sebahagian daripada operasi berterusan yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua Depot Imigresen di seluruh Negeri Sabah.

“JIM Negeri Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dan pemindahan PATI setelah mereka melalui semua tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan negara serta telah mendapat pengesahan daripada kedutaan negara asal masing-masing,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penyertaan julung kali bawa tuah, Velvet Aduk dinobat juara CLAS-15

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular