HomeSukanPertandingan Dart Tertutup Lamo diadakan 27 April ini

Pertandingan Dart Tertutup Lamo diadakan 27 April ini

Read Time:1 Minute, 5 Second

Tamparuli :  Kelab Dart Lapai Molisau (Lamo Dart Club) akan mengadakan Pertandingan Dart Tertutup Lamo yang akan berlangsung pada 27 dan 28 April ini  di Dewan La’Darts, Kampung Lapai Tenghilan.

Program itu bertujuan mengeratkan silaturrahim dalam kalangan ahli, di samping mencari dana bagi membeli keperluan peralatan sukan untuk kegunaan kelab.

Pengerusi Penganjur, Timmie Jamleh, berkata, kelab tersebut telah berjaya mengadakan pertandingan sama pada tahun lalu, dan kali ini dijangka lebih ramai penyertaan melibatkan kedua-dua kampung, iaitu Kampung Lapai dan Kampung Molisau.

“Sama seperti tahun lepas, pertandingan ini dijangka diadakan selama dua hari dan melibatkan sebanyak tiga kategori iaitu kategori berpasukan (three some), berpasangan dan perseorangan (single),” katanya.

Untuk rekod, pada tahun lalu, kategori Three Some dimenangi pasukan dari Lapai, ‘Gigi Betagar’ dianggotai oleh Revelyn Kundipau, Agustine Lowson, dan Timmie Jamleh.

Manakala bagi kategori perseorangan (single) lelaki, Tomy Jamleh muncul juara menewaskan Timmie Jamleh, sementara bagi kategori berpasangan wanita dimenangi pasangan Nancy Julian dan Rukine Sami (KD).

Pertandingan kali ini menyaksikan hadiah wang tunai berjumlah lebih RM450 untuk dimenangi.

Terdahulu, kelab berkenaan juga akan menganjurkan pertandingan Santai-Santai Double Darts pada 9 Mac 2024, yang juga diadakan di Dewan La’Darts.

Selain merebut hadiah wang tunai, pelbagai hadiah sampingan juga akan menjadi rebutan.

Menurut Timmie, setakat ini, sebanyak lima pasukan dari sekitar Tenghilan telah mengesahkan penyertaan.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya