HomeUtamaTF2024 ruang kongsi idea, langkah penyelesaian cabaran hutan tropika

TF2024 ruang kongsi idea, langkah penyelesaian cabaran hutan tropika

Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu: Persidangan Perhutanan Tropika (TF2024) menyediakan platform perkongsian pengetahuan bagi meneroka langkah penyelesaian cabaran hutan tropika.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, persidangan itu mampu menjadi wadah pertukaran maklumat khususnya berkaitan isu penebangan hutan, perubahan iklim, kehilangan biodiversiti dan keperluan untuk pembangunan hutan yang mampan.

“Adalah penting untuk memelihara hutan tropika yang masih hidup dan melindungi kawasan tersebut daripada ditukar kepada guna tanah lain agar fungsi terhadap alam sekitar, masyarakat serta ekonomi terpelihara.

“Saya dimaklumkan bahawa persidangan ini adalah yang kedua dianjurkan oleh Fakulti Perhutanan Tropika, Universiti Malaysia Sabah (UMS) selepas Persidangan Perhutanan Tropika yang pertama diadakan secara maya pada tahun 2021 (TF2021). 

“Persidangan dua hari ini menghimpunkan 97 peserta terdiri daripada 87 rakyat Malaysia dan 10 peserta antarabangsa dari Indonesia, Thailand, Ethiopia, Bangladesh, serta Jepun yang akan menyampaikan dan berkongsi ilmu dalam pelbagai tema pembentangan,” katanya ketika merasmikan  TF2024 di UMS di sini semalam.

Arifin berharap para peserta akan memanfaatkan sepenuhnya persidangan tersebut bukan hanya untuk berkongsi  penemuan penyelidikan, malah meningkatkan rangkaian penyelidikan di peringkat tempatan dan antarabangsa selain menjadikan pengurusan dan pemuliharaan perhutanan tropika di rantau ini berjaya dan mampan.

Persidangan TF2024 menampilkan Ketua Konservator Hutan, Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Frederick Kugan dan Pengarah Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Dr. Wan Mohd Shukri Wan Ahmad sebagai pembentang utama manakala Pengerusi Eksekutif Jawala Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Abdul Majid Khan dan Pengurus Projek Pengurusan Mampan Ekosistem Tanah Gambut di Malaysia (SMPEM), Prof Dr Ahmad Ainuddin Nuruddin selaku pembentang jemputan.

Hadir sama, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor, Dekan Fakulti Perhutanan Tropika, UMS, Prof.Madya Dr Normah Awang Besar @ Raffie, Timbalan Ketua Konservator Hutan (Perancangan dan Pengurusan) Jabatan Perhutanan Sabah, Indra P. H. Sunjoto dan Pengerusi Penganjur Persidangan TF2024, Prof Dr Maria Lourdes T. Lardizabal.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular