HomeSukanMini Karnival Gagasan Rakyat diteruskan di semua kawasan DUN di Sabah

Mini Karnival Gagasan Rakyat diteruskan di semua kawasan DUN di Sabah

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran Mini Karnival Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang julung kali diadakan bakal diteruskan disemua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah termasuk satu di Labuan.

Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Datuk Fairuz Renddan berkata, program yang dianjurkan Pemuda Gagasan Rakyat bersama Wanita dan Beliawanis parti itu adalah bertujuan bagi mendekatkan masyarakat disamping mengeratkan silaturrahim.

“Mini karnival ini sebenarnya adalah idea kita (Pemuda) dan juga idea Ketua Menteri dimana kalau kita selalu adakan di bandar, banyak kawasan di pedalaman tidak dapat turun.

“Jadi Ketua Menteri ada mengatakan karnival ini patut dan akan terus diadakan bukan hanya di daerah tetapi akan diteruskan di 74 kawasan iaitu 73 DUN dan satu di Labuan. Jadi kita akan masuk kampung ke kampung. Mereka tidak perlu ke bandar tetapi kita yang akan datang kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Mini Karnival Gagasan Rakyat 2024 di sini hari ini.

Program itu disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Presiden Gagasan Rakyat.

Fairuz yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah berkata, pihaknya juga bercadang untuk melaksanakan program seumpama itu pada skala yang lebih besar itu Karnival Gagasan Rakyat.

“Mungkin dengan program ini, kitab oleh adakan karnival yang lebih besar dari ini, ini cuma permulaan dan akan ditambah baik selepas pelaksaan mini karnival yang pertama ini,” katanya.

Terdahulu, seramai lebih 3,000 pengunjung hadir memeriahkan program itu selain beberapa aktiviti turut diadakan.

Antaranya pameran jabatan dan agensi Kerajaan; pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan gusti lengan dan pelbagai aktiviti lain. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya