HomeUtamaKerajaan negeri digesa buat keputusan tegas, bina empangan Kaiduan - Armizan

Kerajaan negeri digesa buat keputusan tegas, bina empangan Kaiduan – Armizan

Read Time:1 Minute, 38 Second

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali menggesa kerajaan negeri Sabah mengambil tindakan tegas dalam membuat keputusan mengenai cadangan bina empangan Kaiduan untuk menyelesaikan masalah bekalan sumber air di kawasan daerah Papar.

“Isu bekalan air di Sabah termasuklah di Papar ini ialah isu legacy yang kita warisi sejak sekian lama dan ahkikatnya keadaan semakin serius saya fikir kerajaan negeri perlu mengambil tindakan tegas membuat keputusan sebab kita tahu menyelesaikan isu air ini melibatkan empat faktor iaitu Resource (sumber air), Treatment (loji-loji rawatan air), Distribution (perparitan) dan Enforcement (penguatkuasaan),” katanya ketika ditemui Sabah Media selepas merasmikan Majlis Perkampungan Sinergi Persatuan Anak Negeri Sabah di sini pada Sabtu.
.
Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara hidup (KPDN) berkata, isu bekalan air untuk tempoh 10-20 tahun di Papar akan selesai tetapi perlu difikirkan jalan penyelesaian untuk generasi akan datang mengenai kekurangan sumber bekalan air mentah yang diperlukan akan terus menjadi isu.

“Di Papar contohnya kita bersyukur kerana projek yang sepatutnya bermula 2019 iaitu naik taraf Loji Rawatan Air Kogopon daripada 40 juta liter air sehari kepada 80 juta liter sehari yang tertangguh oleh kerajaan negeri sebelum ini, telah pun dimulakan pada September 2023 dan tempoh tiga tahun akan siap.

“Tetapi satu lagi isu saya fikir dengan adanya loji rawatan air itu, isu bekalan air di Papar untuk tempoh 10-20 tahun akan selesai tetapi kita perlu memikirkan generasi akan datang sebabnya loji rawatan air adapun tetapi sumber bahan air mentah itu kalau tiadapun akan jadi isu.

“Itu sebabnya saya fikir kerajaan negeri kena mengambil tindakan tegas sudah tiba masanya kalau mahu kaji boleh kaji tapi dateline kena ada bila kajian akhir perlu dibuat untuk cadangan tentang pembinaan empangan Kaiduan.

“Kalau kita tidak buat keputusan sekarang, tidak ada alternatif sumber bekalan air mentah, isu bekalan air bukan hanya di Papar tetapi di Sabah akan menjadi jauh lebih besar, saya harap kerajaan negeri dapat membuat keputusan secepat mungkin tentang sumber bekalan air itu,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular