HomeUtamaProgram Jualan Rahmah dianjur sepanjang bulan Ramadan

Program Jualan Rahmah dianjur sepanjang bulan Ramadan

Read Time:1 Minute, 5 Second

PAPAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini memperluaskan Agenda Payung Rahmah Madani melalui pelaksanaan Program Jualan Rahmah (PJR) Ramadan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pelaksanaan PJR Ramadan melibatkan sebanyak 450 lokasi secara berjadual di seluruh negara.

“PJR Ramadan akan melibatkan jualan produk barangan keperluan asas pada kadar potongan harga di antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga jualan asal,” katanya pada sesi walkabout Program Jualan Rahmah Madani di Kinarut hari ini.

Menurut Armizan, selain penjualan barang-barang keperluan kering sebagaimana kebiasaan, PJR Ramadan akan melibatkan penawaran jualan barangan keperluan harian
lain seperti ayam, daging lembu, ikan dan pelbagai hasil laut, beras dan telur ayam.

“Bekalan produk yang terlibat pada jualan murah ini juga melibatkan kerjasama daripada agensi Kerajaan lain seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),” jelasnya.

Tambah beliau lagi, usaha murni yang dijalankan oleh KPDN bersama pihak-pihak berkepentingan ini merupakan salah satu inisiatif di bawah kerajaan Madani dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat bagi membeli keperluan asas pada harga yang lebih murah khususnya pada bulan Ramadan.

“Orang ramai boleh datang beramai-ramai untuk mengunjungi PJR Ramadan
sekitar lokasi masing-masing. Maklumat pelaksanaan PJR Ramadan boleh diakses melalui portal KPDN di pautan https://www.kpdn.gov.my/ms/jualan-rahmah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular