HomeUtamaKadar SSR Beras Di Sabah Hanya Sekitar 22.8 % - Dewan Rakyat

Kadar SSR Beras Di Sabah Hanya Sekitar 22.8 % – Dewan Rakyat

Read Time:1 Minute, 27 Second

PARLIMEN – Parlimen hari ini diberitahu bahawa pada masa ini, kadar sara diri (Self-Sufficiency Ratio – SSR) beras di Sabah hanya sekitar 22.8% kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Kurup pagi ini.

Justeru Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah merangka pelbagai inisiatif meningkatkan produktiviti padi di Sabah.

Antaranya Menaikkan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360  kepada RM500 bermula pada 9 Ogos 2023 di seluruh negara termasuk Sabah dan Menaikkan harga lantai belian padi di Sabah dan Sarawak daripada RM900 kepada RM1,300 per tan metrik berkuatkuasa 15 Februari 2024.

Jelas Arthur Kementeriannya turut melaksakanan Program SMART SBB Ala Sekinchan di Kampung Kesapang Tengah, Kota Belud yang berkeluasan 27.81 hektar yang melibatkan lima belas orang peserta akan dijadikan sebagai projek rintis dan dijangka bermula pada Julai 2024 melalui penggunaan elemen mekanisasi dan automasi.

Tambah Arthur lagi, Kementeriannya turut mengalakkan penggunaan varieti benih padi sah bagi meningkatkan hasil dengan membawa masuk benih daripada Semenanjung yang berkualiti, rentang penyakit dan mempunyai hasil yang tinggi.

Perkara ini telah mendapat persetujuan daripada Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah katanya ketika menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching.

Dalam pada itu, Menurut Arthur lagi Kerajaan Persekutuan juga  telah bersetuju untuk memberikan subsidi sebanyak Sembilan RM950 per tan metrik pada harga borong bagi Beras Putih Import mulai 5 Oktober 2023 bagi mengimbangi bekalan dan harga beras di Sabah termasuk Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“ Melalui kaedah ini, harga runcit maksimum Beras Putih Import  di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah RM31 bagi sekampit 10 kilogram.

“ Langkah ini diambil memandangkan pengeluaran beras putih tempatan di Sabah adalah terhad di samping penduduk Sabah dapat menikmati harga Beras Putih Import pada harga yang berpatutan katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

MUIS, JHEAINS digesa bincang, kajian bina kuarters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular