HomeUtamaJumlah guru di Sabah mencukupi - JPNS

Jumlah guru di Sabah mencukupi – JPNS

Read Time:56 Second

Kota Kinabalu : Jumlah guru-guru di Sabah kini berada pada tahap yang mencukupi dan akan diisi mengikut keperluan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Raisin Saidin berkata, jumlah pengisian perjawatan guru di negeri ini sudah mencapai sebanyak 98 peratus.

“Sabah alhamdulillah, kita telahpun mendapat bekalan guru pada 7 Mac lalu, seramai 212 orang melapor diri dan insyaAllah pada April ini kita akan menerima satu lagi kumpulan guru untuk memenuhi keperluan di sekolah yang amat memerlukan.

“Sebenarnya keluar masuk guru ini bersifat dinamik sebab ketika guru masuk ada juga guru yang bersara, jadi proses ini akan sentiasa kita lihat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada tinjauan program hari pertama pembukaan sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Likas, di sini, hari ini.

Raisin berkata, jumlah guru yang bersara juga dapat diganti dan ada juga dalam kalangan guru yang memilih untuk bersara.

“Jadi kita akan pastikan guru itu dapat diganti dengan yang baharu,” katanya.

Buat masa ini katanya, guru bagi subjek Pendidikan Agama Islam (PAI) dilihat amat kritikal.

“Buat masa ini, subjek kritikal adalah PAI, dimana-mana tempat di Sabah adalah subjek PAI, itu amat kritikal,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Kestabilan politik agenda utama Kerajaan khususnya di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular