HomePolitikKerajaan GRS-PH Plus sentiasa fokus bangunkan Sabah, tingkat hasil negeri

Kerajaan GRS-PH Plus sentiasa fokus bangunkan Sabah, tingkat hasil negeri

Read Time:2 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Pakatan Harapan (PH) Plus dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sentiasa fokus untuk membangunkan Sabah dan meningkatkan hasil negeri. 

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, Kerajaan juga telah pun memulakan tindakan untuk mengatasi masalah masalah yang diwarisi dari kerajaan lalu.

Katanya, Pelan Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 merupakam Hala Tuju Pembangunan dan Kemajuan Negeri Sabah untuk lima tahun yang bermula pada tahun 2021 meliputi semua aspek termasuklah perekonomian dan menaiktaraf kemudahan asas.

“Pemimpin parti pembangkang di Sabah tidak dapat menerima hakikat bahawa kerajaan GRS PH Plus telah melaksanakan berbagai pendekatan samada berkaitan kemudahan asas, perekonomian, perindustrian, pendidikan dan semua pendekatan itu ada yang telah dirasai rakyat seperti inisiatif modal insan, biasiswa pendidikan dan bantuan rumah SMJ.

“Selain itu,  ada juga yang masih dalam pelaksanaan dan penyiapan seperti projek naiktaraf loji rawatan air kogopon serta telibong dua dan empangan hidroelektrik ulu padas Tenom.

“Sebut apa sahaja berkaitan keperluan rakyat secara umum, kerajaan menerusi Pelan Hala Tuju SMJ sedang menanganinya, dan inilah yang menjadi kerisauan kepada pemimpin parti pembangkang di Sabah kerana mereka akan kehilangan modal isu politik mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nizam berkata, pemimpin parti pembangkang di Sabah dilihat tidak ikhlas untuk membela rakyat dan memajukan Sabah kerana terlalu kuat bermain politik untuk kekal relevan dalam politik Sabah sehingga menggunakan keadaan kemudahan asas.

Katanya, ini seolah-olah masalah berkenaan hanya berlaku semasa kerajaan hari ini tanpa berbuat apa apa untuk mengatasinya. 

“Kenyataan dan ucapan pemimpin parti pembangkang ini amat melucukan apabila menyentuh masalah-masalah legasi berdekad ini sedangkan masalah ini adalah masalah yang diwarisi akibat kegagalan kerajaan lalu.

“Wakil rakyat Elopura membangkitkan berkaitan air masin di Sandakan, namun pemimpin ini lupa bahawa semasa mereka menjadi kerajaan lalu telah menamatkan kontrak syarikat yang dilantik oleh kerajaan terdahulu tanpa sebab dan melantik syarikat kontraktor baru yang tidak melaksanakan kerja dengan betul,” katanya.

Sementara itu, Nizam berkata, secara umumnya rakyat yang mengetahui kedudukan sebenar apa pun dakyah yang ditabur oleh pemimpin parti pembangkang itu, ianya seperti meludah ke langit jatuh ke muka mereka sendiri.

“Jika pemimpin parti pembangkang ikhlas,  sepatutnya mereka menjelaskan kepada rakyat bahawa langkah-langkah penyelesaian ke atas masalah-masalah berkaitan telah pun diambil oleh kerajaan dan memberikan ruang masa untuk proses penyelesaian ini berjalan.

“Tanggungjawab parti pembangkang yang baik ialah memberi teguran yang membina kemajuan dan bukannya pula terlalu bermain politik berusaha mensabotaj segala usaha kerajaan dengan membuat tuduhan seolah olah kerajaan tidak berbuat apa apa langkah penyelesaian.

“Hakikatnya merekalah iaitu parti pembangkang di Sabah yang gagal mengurus tadbir penyelesaian ke atas masalah yang dibangkitkan ketika mereka menjadi kerajaan  sehingga ditolak oleh rakyat pada pilihanraya lalu,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia diarah memulakan tugas serta-merta –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya