HomeSukanTABS Mix 9, Mix 8 juarai Kejohanan Futsal Piala Ramadan

TABS Mix 9, Mix 8 juarai Kejohanan Futsal Piala Ramadan

Read Time:1 Minute, 10 Second

Kota Kinabalu : Pasukan Tunas Asas Bola Sepak (TABS) Mix 9 dan TABS Mix 8 masing-masing berjaya menjuarai Kejohanan Futsal Piala Ramadan bagi kategori bawah 10 dan lapan tahun di sini kelmarin.

Kejohanan anjuran Super Saga FA itu berlangsung di gelanggang futsal Yayasan Sabah.

Pemain TABS Mix 9, Adam Rayqal turut diisytiharkan sebagai penjaga gol terbaik kategori B10.

Pasukan TABS diketuai jurulatih Suryadi Sarman dan dibantu tiga jurulatih lain.

Mengulas kejayaan itu, Timbalan Pengerusi TABS SAFA Bandaraya, Lokman Sunggim mengucapkan tahniah kepada jurulatih, pemain dan ibu bapa yang terus memberi sokongan kepada anak-anak mereka dalam setiap kejohanan yang disertai.

Katanya, komitmen dan kesungguhan jurulatih di samping kerjasama baik daripada ibu bapa menyuntik semangat anak-anak mempamerkan permainan yang terbaik.

“Pada usia yang muda ini, peranan ibu bapa sangat membantu untuk mengasah bakat anak-anak untuk terus berkembang selain bimbingan dan khidmat nasihat daripada jurulatih,” katanya.

Menurut beliau, pemain-pemain TABS bagi kategori umur B10, B12, B14, B16 dan B17 akan dipantau oleh kelab profesional, Sabah FC berdasarkan memorandum persefahaman (MoU) dengan mereka sebelum ini.

Sehubungan itu, katanya, jurulatih akan memastikan pemain-pemain terbabit sentiasa diberi pendedahan menerusi kejohanan sebenar selain menjalani sesi latihan hujung minggu.

Sebelum ini, kedua-dua pasukan, TABS Mix 9 dan TABS Mix 8 juga telah menjuarai Kejohanan Piala Sanquick dan Fatos Sport sempena sambutan Tahun Baru Cina di Penampang dan Kejohanan Piala BFC di Kota Marudu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan Piala SMJ uji kekuatan Sabah FC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya