HomeIsu tempatanLawatan ke Hungary perkasa sektor pelancongan Sabah

Lawatan ke Hungary perkasa sektor pelancongan Sabah

Read Time:58 Second

Budapest: Lawatan kerja ke Hungary mampu membuahkan hasil seterusnya memperkasakan lagi sektor pelancongan di Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, pihaknya yakin mampu menarik pelancong dari Hungary ke Sabah.

Pada Ahad, Duta Malaysia ke Hungary Francisco Munis dan isteri Patricia Linus Lojiu telah mengadakan Majlis Makan Malam untuk Rombongan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) yang diketuai Christina.

Francisco berkata, sebagai rakyat Sabah, beliau sangat berbangga untuk menerima rombongan dari Sabah, khususnya STB.

Katanya, STB mengambil langkah positif untuk mengadakan perbincangan dengan Association of Hungarian Travel Agencies (Outbound Travel).

“Di sini terdapat 31 ejen pelancongan tempatan, jumlah itu sangat besar untuk lokasi ini…inilah orang-orang yang akan membantu mempromosi produk pelancongan Sabah.

“Pengenalan produk STB akan menjadi tarikan kepada para ejen pelancongan Hungary,” katanya.

Francisco bersama Christina turut berbincang mengenai potensi kerjasama diantara STB dan Hungarian Tourism Agency dari segi pertukaran budaya, pelancongan luar bandar dan sukan.

“Kami sedang meneliti bentuk kerjasama dan akan berkongsikan objektif memperkenalkan Sabah di Hungary,” kata mereka.

Christina bersetuju dengan Francisco mengenai keperluan mengadakan kerjasama diantara Federation of Rural Tourism Association Sabah (FeRTAS) dan National Federation of Rural Tourism, Budapest. – SABAH MEDIA / FOTO KEPKAS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Siswa UMS santuni komuniti kampung di Tambunan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular