HomeSukanEdu Penampang juarai Kejohanan Futsal Piala Ketua Audit Sekolah Sabah

Edu Penampang juarai Kejohanan Futsal Piala Ketua Audit Sekolah Sabah

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Pasukan Edu Penampang yang mewakili Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Penampang berjaya menjuarai Kejohanan Futsal Piala Ketua Audit Sekolah Sabah Siri pertama 2024 di sini baru-baru ini.

Kejohanan yang berlangsung selama sehari di Gelanggang Futsal Kompleks Tun Adnan Yayasan Sabah itu turut disertai sebanyak 24 Pasukan yang kebanyakannya mewakili jabatan dan cawangan masing-masing.

Naib johan berjaya dimenangi Edu HQ yang mewakili Ibu Pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan ketiga serta keempat masing-masing dimenangi Kudat Edu yang mewakili PPD Kudat dan Kuragon FC mewakili sekolah-sekolah dan PPD  Tenom.

Penyelaras program Awangku Muhammad Syafi Haisron berkata, kejohanan yang julung kali diadakan itu dianjurkan Bahagian Audit Sekolah Sabah (Kementerian Pendidikan Malaysia) di bawah Kelab Sukan dan Kebajikan Audit Sekolah Sabah (KESUKAS) dengan kerjasama Jabatan Audit Negara Sabah (JANS) dan JPNS.

Katanya, kejohanan itu telah disertai oleh penjawat awam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) daripada hampir seluruh pelusuk Sabah di kawasan Pantai barat meliputi Kota Kinabalu,Penampang, Putatan, Tuaran, Sipitang, Kudat, Kota Marudu, Pitas, Keningau, Tenom, Beaufort dan lain-lain.

“Tujuan utama kejohanan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara penjawat awam di Sabah khususnya kakitangan KPM dan kita menerima banyak maklum balas daripada peserta.

“Mereka amat berterima kasih kepada penganjur atas program ini kerana telah memberi peluang untuk kakitangan lama KPM khususnya untuk berkumpul dan berjumpa kerana telah sekian lama tidak berjumpa disebabkan tanggungjawab kerja masing-masing.

Terdahulu, kejohanan ini telah disempurnakan Timbalan Ketua Audit Sekolah Sabah Romie Ajirun dan diiringi oleh Pengelola utama Kejohanan Nur Qasrina Athirah daripada Sektor Sumber Manusia, Ibu Pejabat JPNS. – SABAH MEDIA / FOTO Audit Sekolah JPNS

RELATED ARTICLES
Sukan

Kim Swee kekal bersama Sabah FC sehingga akhir musim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya