HomeSukanKupang Shot ungguli Pertandingan Dart Santai-Santai Double Tertutup Tenghilan

Kupang Shot ungguli Pertandingan Dart Santai-Santai Double Tertutup Tenghilan

Read Time:1 Minute, 5 Second

Tamparuli: Pertandingan Dart Santai-Santai Double Tertutup Tenghilan yang berakhir Sabtu lalu menyaksikan kejuaraan milik pasukan Kupang Shot.

Kupang Shot dianggotai Max Marino dan Nizam Momin, menewaskan pasukan Ikan satu untuk menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM300.

Pasukan Ikan satu, dianggotai Thomas Jamleh dan Rocky Peter pula membawa pulang hadiah wang tunai RM200.

Manakala di tempat ketiga dimenangi Constantine Joseph dan Joy Macperson Yatim dari pasukan Linsuk Darters, untuk meraih wang tunai RM150.

Tempat keempat dimenangi pasangan Revelyn Kundipau dan Zeno Joinis, dari WKM Darts 2 untuk meraih wang tunai RM100.

Selain itu, beberapa hadiah sampingan yang diperkenalkan menyaksikan Constantine Joseph mengungguli Chek Bull, manakala Simon Sikin meraih anugerah High Point, sementara Linsuk Darters memenangi High Check Out.

Pengerusi Penganjur, Timmie Jamleh, menghargai usaha semua Ahli Jawatankuasa (AJK) Penganjur yang telah banyak membantu bagi memastikan pertandingan tersebut berjalan lancar.

Untuk rekod, pertandingan tersebut telah disertai lebih 10 pasukan, di mana kebanyakannya datang dari Tenghilan dan sekitar daerah Tuaran.

“Pertandingan kali ini nampaknya menyaksikan ramai pemain baharu yang mulai menunjukkan kemampuan mereka, sehingga berjaya bersaing dengan beberapa pemain yang sudah biasa bertanding di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Katanya, ini merupakan satu petanda yang baik kepada Lamo Darts Club dan La Darts sendiri, sebagai persediaan untuk menghadapi Pertandingan Tertutup Lamo Darts pada penghujung bulan April nanti. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC II yakin mampu peroleh semula rentak permainan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular