HomeUtamaSabah penyumbang utama pengeluaran rumpai laut negara

Sabah penyumbang utama pengeluaran rumpai laut negara

Read Time:30 Second

BERNAMA

Putrajaya: Sabah menjadi penyumbang utama bagi penghasilan rumpai laut negara apabila merekodkan kira-kira 225,048 tan metrik pengeluaran dengan nilai RM100 juta pada 2023.

Jabatan Perikanan dalam kenyataan hari ini memaklumkan rumpai laut Sabah menyumbang kira-kira 54 peratus daripada pengeluaran akuakultur nasional dengan kawasan utama ternakan ialah Semporna.

“Spesies utama yang diternak di perairan di Sabah ialah Kappaphycus dan Eucheuma,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan lawatan kerja Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ke Sabah untuk melihat serta melawat tapak pengeluaran rumpai laut di Semporna.  – BERNAMA / FOTO FB Mohamad Sabu

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular