HomeUtamaSuspek lelaki tempatan proses, edar air ketum diberkas

Suspek lelaki tempatan proses, edar air ketum diberkas

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA MARUDU: Polis berjaya memberkas seorang suspek lelaki tempatan disyaki terlibat dengan kegiatan memproses dan mengedar air ketum, dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Ongkilan dekat sini pada Isnin (11 Mac).

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, serbuan ke atas rumah tersebut dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Marudu pada jam 10 malam.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut dengan disaksikan sendiri pemilik rumah, pihak polis telah menemui serta merampas sejumlah 19 pek plastik lutsinar mengandungi serbuk hijau dipercayai serbuk ketum dan 18 botol 1.5 liter mengandungi cecair berwarna coklat juga dipercayai air ketum.

“Turut dirampas termasuklah peralatan yang digunakan untuk memproses dan memasak air ketum serta wang tunai berjumlah RM400,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zairolnizal, pemilik rumah yang juga seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun itu telah ditangkap bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti dari mana serbuk ketum diperolehi dan bagaimana ianya dibawa masuk ke sini serta nilai pasaran.

“Air ketum yang diproses itu dipercayai untuk dijual di pasaran tempatan sahaja,” ujarnya.

Tambah beliau, suspek kini direman selama empat hari di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Kes disiasat di bawah seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang mana jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara tidak lebih 5 tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau kedua-dua sekali,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular