HomeUtamaKualiti udara di Sepanggar pada tahap sederhana

Kualiti udara di Sepanggar pada tahap sederhana

Read Time:56 Second

Kota Kinabalu : Sepanggar (Politeknik Kota Kinabalu) mencatat bacaan pencemaran udara tertinggi di Sabah dengan bacaan 94 setakat jam 2 petang tadi.

Bagaimanapun, kawasan itu berada pada paras sederhana dengan diikuti Kimanis yang mencatat bacaan 91 berbanding semalam yang mencatat bacaan lebih 100 hingga tengah malam tadi.

Selain itu, turut mencatat bacaan pencemaran udara tertinggi dan pada paras sederhana adalah Kota Kinabalu dengan bacaan 63 diikuti Tawau 52 dan Sandakan 42 namun berada pada paras baik.

Berdasarkan paparan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar, empat kawasan di Sabah iaitu Kimanis, Kota Kinabalu, Sepanggar dan Tawau berada pada tahap sederhana atau hijau.

Dua kawasan pula iaitu Keningau dan Sandakan mencatat bacaan udara yang baik atau biru, iaitu masing-masing 35 dan 42.

Kebakaran terbuka membabitkan kawasan lalang, belukar dan hutan dikenal pasti antara punca peningkatan bacaan udara.

Berdasarkan statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, sebanyak 997 kes kebakaran lalang, belukar dan hutan direkodkan antara Januari lalu hingga semalam.

Daripada jumlah itu, daerah Tuaran mencatat jumlah tertinggi iaitu sebanyak 215 kes, diikuti Kota Belud sebanyak 139 kes dan Kota Kinabalu sebanyak 95 kes. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

MUIS, JHEAINS digesa bincang, kajian bina kuarters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular