HomePendapatEkonomi Negeri Sabah Paling Teruk Di zaman 2017-2020

Ekonomi Negeri Sabah Paling Teruk Di zaman 2017-2020

Read Time:2 Minute, 57 Second

Oleh Muda Muhammad

Bukan main lagi Shafie Afdal buat sidang media di Parlimen baru-baru ini, kononnya hendak menceritakan fakta dan angka di zaman Kerajaan Warisan di Sabah. Hakikatnya, rakyat telah memilih dan menolak Warisan dalam Pilihanraya Negeri Sabah pada tahun 2020.

Bukan sahaja ditolak semasa PRN, semasa PRU15 yang lepas juga Warisan ditolak. Warisan hilang 4 kerusi iaitu Penampang, Sepanggar, Papar, dan Kalabakan selain gagal memenangi semula kerusi Parlimen Batu Sapi setelah kematian wakil rakyatnya, mendiang Datuk Liew Vui Keong pada 2 Oktober 2020.

Kenapa rakyat menolak Warisan? Kerana prestasinya yang teruk selama 2 tahun 9 bulan menjadi kerajaan di negeri Sabah. Dua tahun sembilan bulan Warisan menjadi kerajaan negeri di Sabah, telah mencatatkan prestasi ekonomi paling buruk untuk negeri Sabah. Ekonomi negeri Sabah paling bawah sekali antara negeri-negeri lain di Malaysia.

Tahun pertama jadi kerajaan jatuh dari 8.2% ke 1.5% pada tahun 2018. Tahun kedua, jatuh lagi hingga 0.5% sahaja. Baki sembilan bulan lagi pada 2020 terus jatuh sampai negatif 9.2%. Merudum terus di zaman Shafie. Selepas kerajaan bertukar kepada GRS, dalam masa 15 bulan sahaja terus graf ekonomi menjadi naik dan positif kembali kepada 1.1%.

Kadar 0.5% dan 1.5% meletakkan Sabah di kedudukan terakhir di antara semua negeri di Malaysia. Sumber Jabatan Perangkaan Negara.

Pertumbuhan ekonomi Sabah pada kadar 0.5% dan 1.5% di zaman Shafie Afdal menjadi Ketua Menteri adalah yang paling teruk di antara semua negeri di Malaysia. Jika dibuat perbandingan secara jadual maka kedudukan pertumbuhan ekonomi negeri Sabah pada tahun 2018 dan 2019 semasa zaman Shafie Afdal adalah yang paling teruk sekali seperti jadual di bawah ini ;

Dua tahun berturut-turut kadar pertumbuhan ekonomi negeri Sabah adalah yang paling bawah dalam jadual di atas sebagaimana data yang diambil dari Laporan Jabatan Perangkaan Negara pada 2019. Negeri yang lebih kecil seperti Perlis berada pada kedudukan yang lebih baik pada tangga ke-10 pada tahun 2018 dan tangga ke-7 pada tahun 2019.

Malah Kelantan yang sudah bertahun-tahun lamanya di bawah kerajaan PAS berada lebih atas dari negeri Sabah pada tahun 2018 dan 2019. Apa alasan yang kerajaan negeri Warisan boleh berikan? Ini kerana, negeri-negeri lain boleh juga mencatat pertumbuhan yang lebih baik dan positif pada dua tahun tersebut, kenapa Sabah tidak boleh pada ketika itu?

Pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan pentadbiran Shafie Afdal ketika menjadi Ketua Menteri Sabah pada ketika itu. Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Hajiji ini ;

“Yang gagal adalah Warisan, Shafie Apdal, dia cakap kerajaan gagal. Kita mahu tanya Shafie apa Warisan buat dua tahun setengah memerintah Sabah sebelum ini? Tapi, berucap sana sini, beliau cakap bahawa kerajaan ini gagal, gagal apa? Yang gagal ialah Shafie dan Warisan. Saya tidak nampak apa dia buat dua tahun setengah di Sabah” ketika merasmikan Mini Karnival Gagasan Rakyat 2024 di Alamesra pada 9 Mac lepas.

Bila GRS ambil alih, KDNK yang ditinggalkan zaman kerajaan Warisan adalah -9.2% pada tahun 2020, terus naik pada 1.5% pada tahun 2021. Kemudian naik lagi kepada 3.7% pada tahun 2022. Jika ditadbir dengan baik, pertumbuhan ekonomi akan tumbuh dengan baik bukannya jatuh merudum hingga ke paras negatif.

Rakyat Sabah harus menilai dengan baik-baik, jangan terpedaya dengan apa yang disebut dan ditohmah oleh Shafie Afdal dan Warisan. Seolah mengata dulang paku serpih, menepuk air terkena muka sendiri. Fakta ekonomi di atas telah membuktikan yang Shafie Afdal dan Warisan telah membawa Sabah pada kedudukan yang terbawah pada zaman mereka menjadi kerajaan.

Pandangan yang dikemukakan adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Sabah Media

RELATED ARTICLES
Pendapat

Anak Sabah akan dilengkapi dengan kemahiran TVET, mampu bersaing dalam pasaran...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya