HomeEkonomiPengawal Keselamatan Bukan Lagi Biasa-biasa, Gaji Sebulan Mampu Cecah RM3,000

Pengawal Keselamatan Bukan Lagi Biasa-biasa, Gaji Sebulan Mampu Cecah RM3,000

Read Time:2 Minute, 3 Second

KUALA LUMPUR: Tidak dinafikan, ramai dalam kalangan masyarakat mempunyai stigma terhadap kerjaya sebagai pengawal keselamatan.

Kononnya ia hanyalah kerjaya bagi mereka yang tidak mempunyai taraf pendidikan tinggi, malas belajar atau sekadar sampingan sementara menunggu tawaran kerja yang lain.

Kerana itulah ramai pengawal keselamatan di negara ini, baik di premis-premis pejabat, pasar raya atau di taman perumahan terdiri daripada warga asing.

Mungkin sudah tiba masanya pandangan sedemikian diubah.

Menurut Pengerusi Eksekutif K & K Security Sdn Bhd, Datuk Ahmad Bahrin Idrus, kerjaya sebagai pengawal keselamatan pada hari ini juga boleh dikatakan setara dengan mereka yang bekerja di pejabat dan bangunan berhawa dingin.

Apatah lagi dengan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 yang dimulakan kerajaan pada Mei 2022.

“Hampir kesemua pengawal keselamatan tidak perlu bekerja dalam tempoh yang panjang, kerana mereka kerja shift 12 jam.

“Mereka cuma perlu bekerja selama lapan jam, manakala empat jam berikutnya dibayar OT (overtime). Jika 26 hari bekerja bersamaan 104 jam sebulan, dicampur dengan OT boleh dapat RM2,600 atau lebih bagi seorang pengawal statik.

“Begitu juga jika ada cuti umum dan mereka bekerja, maka ada lebihan pendapatan di situ.

“Secara tak langsung, seorang pengawal statik yang rajin bekerja ini boleh dapat RM2,800 hingga RM2,900 sebulan,” katanya ketika ditemubual The Rakyat Insight, baru-baru ini.

Untuk rekod, K & K Security merupakan sebuah syarikat kawalan perkhidmatan yang menjalankan operasinya sejak tahun 1999.

Pada masa kini, ia menawarkan tiga jenis perkhidmatan keselamatan, iaitu pengawal keselamatan statik, pengawal keselamatan bersenjata (armed guard) dan pengawal peribadi.

Ahmad Bahrin dalam pada itu memberi jaminan syarikat ini patuh kepada dasar Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menjalankan urus niaganya.

Ini termasuklah dalam pengambilan pekerja asing dari warga Nepal sebagai sebahagian kakitangannya.

“K & K mempunyai pengawal keselamatan dari warga Nepal yang masuk dan diambil secara sah.

“Namun, saya tidak nafikan masalah dalam industri ini, masih ramai pengawal keselamatan haram, terutama yang terdiri daripada warga asing. Sedangkan mengikut dasar kerajaan, waega asing yang dibenarkan bekerja sebagai pengawal keselamatan adalah dari Nepal sahaja,” ujarnya.

Ujar Ahmad Bahrin, K & K mempunyai perancangan untuk menambah perkhidmatannya kepada pengawal keselamatan elit untuk memenuhi keperluan tertentu klien.

“Kita hendak tubuhkan satu Unit Khas Pengawal Statik Bersenjata Gred A, maka ada beberapa ciri kelainannya seperti ketinggian perlu lebih 5 kaki 5 inci, kelulusan pendidikan sekurang-kurangnya SPM, ada interview, ada attitude yang sesuai.

“Mereka ini akan melalui latihan yang sama seperti pengawal keselamatan peribadi (boeyguard) yang lain dan ini kita akan tawarkan kepada pihak tertentu,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan sukarelawan dicadang diwujudkan bantu mangsa banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular