HomeUtamaUSIA bantu rancakkan pembangunan pelancongan di Semporna

USIA bantu rancakkan pembangunan pelancongan di Semporna

Read Time:1 Minute, 37 Second

Kota Kinabalu : Persatuan Islam Seluruh Sabah (USIA) merancang untuk membangunkan dua bidang tanah miliknya di Semporna bagi tujuan komersial.

Yang Dipertua USIA Datuk Sapawi Ahmad berkata, ia juga adalah sebagai langkah bagi membantu merancakkan lagi pembangunan pelancongan di daerah itu yang merupakan satu daripada destinasi pelancongan bertaraf dunia di rantau ini.

Katanya, USIA yang bertekad membugar kembali era kecemerlangan suatu ketika dulu mahu membangunkan dan memanfaatkan sepenuhnya aset tanah milik pertubuhan itu, khususnya yang terbiar.

Justeru, beliau berkata, USIA telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Sinergi Dayang Sdn Bhd untuk bekerjasama membangunkan tanah USIA di Semporna, bahagian pantai timur Sabah.

Sapawi berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan upacara menandatangani MoU itu di SICC, di sini semalam.

Pada majlis itu, USIA diwakili Iman Ali, Setiausaha Agung USIA, manakala Ketua Pegawai Eksekutif Azlan Shah Mohd Yusoh menandatangani bagi pihak Sinergi Dayang Sdn Bhd.

Upacara MoU itu turut dihadiri Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Negeri Sabah Datuk Ruslan Muharam yang mewakili Ketua Menteri Sabah.

Mengikut perjanjian MoU itu, Sapawi berkata kesemua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama sepenuhnya bagi menjayakan misi memajukan lagi industri pelancongan Semporna selaras dengan slogan Sabah Maju Jaya.

“Kedudukan tanah (di Semporna) pula sangat sangat strategik, dekat dengan akses jalanraya serta kemudahan asas seperti air dan elektrik.

“Persekitaran yang mempunyai pelbagai prasarana selain kewujudan pusat komersial juga diyakini akan dapat menarik minat para pembeli kelak,” katanya.

Difahamkan,  Sinergi Dayang Sdn Bhd atau lebih dikenali Citaglobal dipertanggungjawab membangunkan sekitar 108 unit bangunan kedai yang boleh digunakan atau dimanfaatkan untuk tujuan pelancongan, termasuk kemudahan penginapan.

Sapawi berkata projek itu dijangka dimulakan tidak lama lagi dan diharap dapat disiapkan dalam tempoh dua tahun.

Mengenai pembaikan semula bangunan lama USIA di Sembulan, beliau berkata ia bakal dilaksanakan dalam masa terdekat dan inisiatif itu turut mendapat sokongan padu kerajaan negeri.

Terdahulu, Sapawi berkata USIA telah mengadakan mesyuarat ahli majlis tertinggi dan seterusnya menyampaikan sumbangan sentuhan kasih bersama Asnaf kepada semua wakil USIA bahagian. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular