HomeUtamaKerajaan GRS-PH Plus tunjuk petanda positif dalam semua aspek perjuangan

Kerajaan GRS-PH Plus tunjuk petanda positif dalam semua aspek perjuangan

Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Pakatan Harapan (PH) Plus pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah menunjukkan petanda yang positif dalam semua aspek perjuangan.

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, ia termasuklah dari segi peningkatan ekonomi negeri, perjuangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selain langkah penyelesaian isu legasi kemudahan asas yang berdekad.

“Kita juga berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar  kerana sentiasa memahami keperluan Sabah dan bersama dengan  perjuangan kerajaan Sabah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.

“Untuk menoktahkan punca kegagalan menaiktaraf atau menyelesaikan kemudahan asas negeri, maka kerajaan Sabah hari ini menuntut untuk mengambil alih kawal selia tenaga, mengiktiraf Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai Jabatan Teknikal.

“Selain itu, pelaksanaan projek-projek persekutuan di bawah RM50juta selain menubuhkan tabung amanah bagi peruntukan pembangunan daripada kerajaan persekutuan agar keadaan lalu tidak berulang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nizam yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkata, Kerajaan GRS-PH Plus juga bekerja keras untuk mengukuhkan kestabilan politik dan perpaduan di Sabah.

Katanya, perjuangan untuk memajukan rakyat dan membangunkan negeri Sabah menjadi keutamaan dan wajib dilaksanakan.

“Kerajaan Sabah hari ini berada di landasan yang tepat untuk terus membawa pembangunan demi kesejahteraan seluruh rakyat,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

MUIS, JHEAINS digesa bincang, kajian bina kuarters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular