HomePendapatPelajar Lemah 3M, Jangan Gagah 2M, Di Mana Kesilapan Kita ?

Pelajar Lemah 3M, Jangan Gagah 2M, Di Mana Kesilapan Kita ?

Read Time:6 Minute, 1 Second

Oleh Wan Azrain Adnan

1.      Pada minggu lepas, semasa Persidangan Dewan Rakyat, Menteri Pendidikan Malaysia di laporkan berkata bahawa lebih 400,000 pelajar di seluruh negara masih belum menguasai asas kemahiran/ basic skills 3M (Membaca, Menulis, Mengira).

2.      Menurut beliau, sehingga Disember 2023, seramai 280,985 pelajar Sekolah Rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6) masih belum menguasai Bahasa Melayu, dengan hanya mencapai tahap TP 1 dan TP2 semasa Pentaksiran Bilik Darjah/ Classroom Assessment. Manakala, seramai 154,853 pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5) pula mencapai tahap TP 1 dan TP2.

3.      Untuk membantu pelajar menangani kelemahan 3M ini, beliau memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan beberapa program intervensi, antaranya: Reading Aid Program, Literacy and Numeracy Program (PLaN), PLaN Empowerment Camp, Malay Language Wise Program, Guidance Programme (Probim) and Guidance Module Programme (Mobim).

4.      Fakta menarik. Untuk Sesi Persekolahan 2024/ 2025, terdapat lebih 5 juta pelajar di seluruh negara, untuk semua peringkat sekolah, iaitu – prasekolah, rendah dan menengah.

5.      Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sejak tahun 2016 untuk menilai perkembangan dan pencapaian pelajar, termasuklah penguasaan kemahiran 3M. Ianya melibatkan semua mata pelajaran di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

6.      PBD merupakan pentaksiran secara berterusan: dari Tahun 1 hingga Tahun 6 (sekolah rendah), dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (sekolah menengah). Ianya di laksanakan oleh guru sekolah menerusi beberapa kaedah penilaian, iaitu: pemerhatian, penulisan, lisan. Ini merangkumi kerja projek, kuiz, pembentangan dan lain-lain aktiviti pembelajaran.

Laporan PBD di sediakan kepada pelajar dan ibubapa sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

7.      Penilaian PBD melibatkan enam Tahap Penguasaan (TP), dari TP 1 hingga TP6. Tahap penguasaan berkenaan bersandarkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang di tetapkan dalam kurikulum sekolah.

8.      Kenyataan Menteri Pendidikan Malaysia tersebut mengambarkan situasi yang membimbangkan kerana begitu ramai pelajar masih bergelut untuk menguasai 3M. Namun begitu, laporan kenyataan tersebut telah menimbulkan lebih banyak persoalan kerana tiada data yang lebih lengkap dan menyeluruh di sediakan.

9.      Tanpa data yang komprehensif, sukar untuk mendapat gambaran yang jelas dan tepat mengenai isu kelemahan 3M ini. Antara data yang wajar di kongsikan secara umum termasuklah:

  • pecahan mengikut data pelajar: contoh – umur, jantina, bangsa
  • pecahan mengikut data sekolah: contoh – jenis sekolah (Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan)
  • pecahan mengikut data negeri: contoh – lokasi (bandar, luar bandar)

10.   Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menjadi semakin penting untuk menilai perkembangan dan pencapaian pelajar susulan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tidak lama dahulu.

Kini Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah satu-satunya peperiksaan nasional yang masih di teruskan di peringkat sekolah rendah dan menengah.

11.   Hakikatnya, walaupun kenyataan Menteri Pendidikan Malaysia tersebut tidak menyeluruh, data-data lain yang sediada mengesahkan tahap pencapaian pelajar di Malaysia agak membimbangkan, terutamanya satu daripada tiga M tersebut, iaitu Mengira.

12.   Menurut Laporan Analisa Keputusan Peperiksaan SPM 2022 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), daripada sejumlah 369,348 calon yang telah menduduki peperiksaan Matematik, 53.3% calon telah mendapat keputusan tiga gred terendah, iaitu Gred D, E dan Gagal.

13.   Malah, daripada jumlah 369,348 calon berkenaan, hampir 90,000 calon (24.3%) telah mendapat keputusan Gred Gagal.

Ini bermakna, untuk setiap 4 calon, 1 calon telah GAGAL!

14.   Manakala, untuk SPM 2021 pula, data menunjukkan seramai 25.5% daripada 375,997 calon telah gagal untuk mata pelajaran Matematik.

15.   Di samping itu, mata pelajaran Matematik Tambahan juga menunjukkan jumlah calon gagal yang begitu tinggi, melebihi 25%.

16.   Matematik merupakan mata pelajaran teras yang wajib di pelajari oleh semua pelajar. Justeru itu, amatlah malang apabila 11 tahun pembelajaran Matematik, dari sekolah rendah hingga ke menengah, berakhir dengan kegagalan di peperiksaan SPM.

17.   Pada masa yang sama, pendedahan Menteri Pendidikan Malaysia tersebut adalah selari dengan laporan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa/ Programme for International Student Assessment (PISA) 2022, yang di laksanakan Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi/ Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD).

18.   Laporan Kajian PISA 2022 telah menunjukkan pencapaian pelajar Malaysia telah merosot untuk ketiga-tiga domain literasi yang di nilai, iaitu: Matematik, Saintifik, Bacaan. Tambahan lagi, pencapaian pelajar Malaysia adalah lebih rendah berbanding dengan skor purata OECD untuk ketiga-tiga domain literasi tersebut.

                                             Sumber: The Star: Prestasi PISA 2022 – Malaysia

19.   Di samping itu, data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menunjukkan hampir 300,000 calon SPM 2020 dan 2021 telah tidak melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi selepas tamat persekolahan. Keciciran ini mungkin juga berpunca dari kelemahan pelajar-pelajar tersebut untuk menguasai 3M.

20.   Kelemahan pelajar untuk menguasai 3M sudah pasti akan merencatkan usaha dan matlamat Kerajaan untuk melahirkan lebih ramai graduan STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics). Graduan STEM amat di perlukan ketika ini untuk mendokong pembangunan ekonomi negara, selaras dengan agenda Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) oleh Kerajaan Malaysia.

21.   Oleh itu, kelemahan menguasai 3M, termasuklah Matematik, akan menghadkan pilihan serta peluang kerjaya para pelajar. Banyak kerjaya ‘tradisional’ seperti – akauntan dan jurutera, memerlukan penguasaan Matematik yang baik.

22.   Malah, pembangunan pesat sains dan teknologi juga telah mencipta pelbagai kerjaya baru yang memerlukan penguasaan Matematik. Ini termasuklah kerjaya yang semakin popular dan in-demand yang melibatkan bidang seperti – Artificial Intelligence, Robotics, Data Analytics, Cybersecurity.

23.   Kelemahan menguasai 3M ini mungkin di sebabkan oleh pelbagai faktor yang melibatkan pelajar, guru, ibubapa serta sekolah. Oleh yang demikian, isu kelemahan 3M ini serta trend kegagalan Matematik mesti di tangani segera secara menyeluruh. Penyelesaian secara ad-hoc menerusi program intervensi tidak akan dapat mencapai hasil yang di impikan, kerana ianya umpama merawat simpton penyakit, dan bukannya merawat punca penyakit.

24.   Ini termasuklah faktor-faktor berbangkit seperti: kemudahan sekolah yang tidak lengkap dan mencukupi, infrastruktur sekolah yang usang, saiz kelas yang terlalu ramai pelajar, latar belakang pelajar, kecekapan guru mengajar.

25.   Sebagai contoh. Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Mohammad Arif Sakaran, di laporkan pernah menyatakan bahawa Sabah merupakan antara negeri tertinggi dengan isu kelemahan 3M.

26.   Ini tidaklah mengejutkan memandangkan Sabah masih di selubungi dengan isu-isu legasi melibatkan pelajar dan sekolah, antaranya:

  • mengikut rekod Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) 2022, sebanyak 704 (54.5%) buah sekolah di Sabah di kategorikan sebagai daif yang memerlukan penyelenggaraan segera
  • Sabah telah mencatatkan pencapaian SPM 2022 yang terendah di seluruh negara

27.   Maka, pelan tindakan menyeluruh mesti di laksanakan agar semua pelajar dapat menguasai 3M (Membaca, Menulis, Mengira) dengan baik, dan bukannya 2M (Malas, Mundur).

28.   Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung, di campak ke laut menjadi pulau, di campak ke langit menjadi bintang.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya