HomeUtamaSICC lokasi terbaik bagi penganjuran MICE

SICC lokasi terbaik bagi penganjuran MICE

Read Time:1 Minute, 18 Second

Berlin : Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) merupakan satu lokasi terbaik yang disyorkan bagi sebarang penganjuran Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata, SICC yang terletak di bandaraya Kota Kinabalu itu dinilai sebagai kemudahan konvensyen terbesar di Malaysia Timur.

“SICC dilengkapi dengan kemudahan moden dengan kapasiti tempat duduk lebih banyak sehingga lebih 5,000 orang.

“Ini termasuklah dewan konvensyen, dewan pameran dan bilik mesyuarat peribadi, dataram Jesselton Square dan lebih 1,000 tempat letak kereta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu temubual bersama agensi berita antarabangsa di ITB Berlin di sini baru-baru ini.

Christina berkata, SICC sebelum ini juga pernah mengadakan Kongres Saintifik Tahunan Persatuan Onkologi Malaysia ke-34 (ASCOMOS ke-34) pada  tahun lalu.

Katanya, kongres yang dirasmikannya itu telah dihadiri lebih 1,000 delegasi terdiri daripada pakar onkologi dan profesional penjagaan kesihatan yang terlibat dalam penjagaan kanser, bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga dari rantau Asia Pasifik (Singapura, Thailand dan Australia).

“Sabah mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi destinasi pelancongan perubatan.  Ia menyediakan persekitaran yang tenang yang kondusif untuk penyembuhan, pemulihan dan kelonggaran.

“Secara keseluruhannya, Sabah menyediakan pendekatan holistik kepada pelancongan perubatan, menggabungkan kepakaran perubatan dengan keindahan semula jadi dan pengalaman budaya untuk meningkatkan proses penyembuhan,” katanya.

Dalam pada itu, Christina berkata, Sabah mempunyai kemudahan perubatan moden dan profesional penjagaan kesihatan mahir yang disediakan oleh Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, Pusat Perubatan Jesselton, dan Hospital Pakar KPJ Sabah.

Antara lain katanya, ia adalah bagi memastikan penjagaan perubatan berkualiti tinggi untuk pelancong yang mendapatkan rawatan atau prosedur. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Kaamatan platform pupuk perpaduan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular