HomeEkonomiHutang Isi Rumah Negara Berjumlah RM1.53 Trilion

Hutang Isi Rumah Negara Berjumlah RM1.53 Trilion

Read Time:1 Minute, 19 Second

PARLIMEN — Secara agregat, hutang isi rumah berjumlah RM1.53 Trilion pada akhir 2023, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang menjawab  soalan dikemukakan oleh Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liong (PH-Labis) itu berkata secara agregatnya kadar itu menunjukkan trend peningkatan saban tahun sejak 2018

Bagi tempoh 2018 hingga 2023, beliau berkata, bahawa purata pertumbuhan tahunan hutang isi rumah adalah 5.1 peratus.

Jelasnya, pertumbuhan hutang isi rumah tahunan ini didorong terutama pinjaman perumahan dan kenderaan susulan daripada pelbagai insentif pemilikan rumah yang ditawarkan oleh kerajaan serta swasta.

Tambah beliau lagi , peningkatan hutang itu juga didorong insentif cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi pembelian kenderaan bermotor antara 2020 dan 2022.

“Pada akhir 2023, secara agregat, hutang isi rumah berjumlah RM1.53 trilion. 

“Mengikut jenis pembiayaan, bahagian terbesar hutang isi rumah ialah pinjaman perumahan, merangkumi 60.5 peratus daripada hutang isi rumah, diikuti oleh pinjaman kenderaan (13.2 peratus), pembiayaan peribadi (12.6 peratus).

Bagi pinjaman untuk tujuan- tujuan yang lain termasuk pembelian harta bukan kediaman, hutang kad kredit, sekuriti dan lain-lain.

Tambahnya Secara agregatnya, jumlah hutang isi rumah bagi tahun-tahun sebelumnya adalah seperti berikut: 2022 (RM1.45 trilion), 2021 (RM1.38 trilion), 2020 (RM1.32 trilion), 2019 (RM1.25 trilion) dan 2018 (RM1.19 trilion) katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen, hari ini.

Nisbah hutang isi rumah berbanding KDNK pada akhir tahun 2023 pula meningkat sedikit kepada 84.2 peratus  berbanding tahun 2018 82 peratus.  

Bagi tempoh tahun 2018 hingga 2023, purata pertumbuhan tahunan hutang isi rumah ialah 5.1 peratus  katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

SSMJ kerjasama dengan agensi Kerajaan pastikan miskin tegar di Sabah dinoktahkan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular