HomeIsu tempatanCubaan seludup barang kawalan ke negara jiran gagal

Cubaan seludup barang kawalan ke negara jiran gagal

Read Time:1 Minute, 25 Second

Lahad Datu : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot pam tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan lebih kurang 0.4 batu nautika di kawasan Selatan Kampung Tandu, Felda Sahabat, di sini pagi tadi.

Bot pam yang dikendalikan oleh seorang kru berusia 29 tahun itu berjaya dikesan melalui maklumat awam lebih kurang pukul 2.26 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Ts. Dr. Suzanna Razali Chan berkata, hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah beberapa akta.

Antaranya Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994, Akta Kastam 1967 bersama Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah semasa diperiksa.

Dr. Suzanna berkata, antara barang yang dirampas adalah 340 kilogram minyak masak pelbagai jenama dan 40 kilogram beras yang disyaki dibawa keluar untuk dijual di negara jiran.

“Manakala turut sama dirampas merupakan sebuah bot pam tanpa nombor pendaftaran dan dua buah enjin pam. Anggaran bagi kesemua barang rampasan tersebut adalah berjumlah hampir RM8,000.

“Kegiatan penyeludupan barangan bersubsidi dijangka akan lebih aktif ketika Ramadan dan Syawal berikutan permintaan yang lebih tinggi.

“Justeru pihak Zon Maritim Lahad Datu akan mempertingkatkan rondaan dan pemeriksaan ke atas- atas bot terutama yang berada di lokasi titik panas di perairan ini bagi memastikan kegiatan berkenaan dapat dibendung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr. Suzanna berkata, Zon Maritim Lahad Datu turut memohon seluruh masyarakat khususnya komuniti maritim di kawasan Lahad Datu untuk terus memberikan kerjasama dengan melaporkan sebarang maklumat berkaitan salah laku atau kegiatan jenayah di laut kepada Maritim Malaysia di talian 089-885727 (Pusat Operasi Lahad Datu) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Hannah, Mia galas cabaran Sabah cipta hatrik Bintang Kecil Kebangsaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular