HomePolitikPKR Sabah masih kukuh di bawah pimpinan Datuk Dr Sangkar - Simsudin

PKR Sabah masih kukuh di bawah pimpinan Datuk Dr Sangkar – Simsudin

Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah masih kukuh di bawah pimpinan Datuk Dr Sangkar Rasam, kata Setiausaha MPN Sabah, Simsudin Sidek (gambar).

Katanya, perlantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) adalah mengikut saluran yang betul mengikut perlembagaan parti dan dipersetujui oleh Presiden.

“Pada 22 Februari 2024 penstrukturan semula semua pengerusi pimpinan negeri di semua negeri telah dibuat oleh parti dan telah mengekalkan Datuk Dr Sangkar Rasam sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Sabah.

“Semua pihak hendaklah menghormati keputusan yang telah dibuat oleh presiden parti.

“PKR Sabah masih kukuh di bawah pimpinan Datuk Dr Sangkar sebagai Pengerusi MPN Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media yang dikeluarkan semalam 15 Ketua Cabang PKR Sabah sebulat suara menolak kepimpinan MPN Sabah Datuk Dr Sangkar.

Bagaimanapun, Ketua Cabang PKR Semporna, Mohd Amin Abdul Mem telah menafikan terlibat dalam gerakan tersebut walaupun namanya telah dimasukkan dalam gerakan itu.

Simsudin berkata, beliau mengakui pergolakan dalaman yang berlaku mungkin ada kesan perbezaan pendapat tetapi itu adalah perkara biasa dalam organisasi.

“Tindakan tersebut tidak memberi kelebihan kepada parti melainkan membawa kepada perpecahan kepada PKR di sabah,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu, Simsudin turut menjelaskan banyak program telah dilaksanakan sebelum ini.

“Program dan aktiviti parti sama ada peringkat negeri mahupun cabang kerap diadakan dari semasa ke semasa dan berkala yang melibatkan ahli parti dan juga pimpinan, serta masyarakat keseluruhannya.

“Contohnya Jelajah Mesyuarat MPN, AMK, Wanita dan Cabang telah dilakasanakan melibatkan seluruh cabang bagi mengeratkan hubungan antara pimpinan dan juga anggota. Disamping itu program-program masyarakat seperti bantuan bakul makanan, latihan berkala anjuran bersama pusat dan negeri, acara kebudayaan, acara keluarga, sambutan hari perayaan yang melibatkan anggota parti dan juga masyarakat,” jelas beliau.

Justeru, beliau menyeru agar semua pihak dalam parti memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang, bertanding dan memenangi banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya juga menyeru agar semua pihak menghormati keputusan presiden dan parti, manakala sebarang kemusykilan serta perbezaan pendapat boleh disalurkan melalui platform yang telah disediakan oleh parti,” tegas beliau lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular