HomePolitikAMK, Wanita dan Srikandi PKR sokong penuh kepimpinan Dr Sangkar

AMK, Wanita dan Srikandi PKR sokong penuh kepimpinan Dr Sangkar

Read Time:1 Minute, 59 Second

KOTA KINABALU: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah bersama Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN dan Srikandi KEADILAN Sabah sebulat suara menyatakan pendirian menyokong penuh kepimpinan Datuk Dr Sangkar Rasam sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah.

Ketua AMK Sabah, Zaidi Jatil berkata, tindakan 15 ketua cabang PKR yang mendesak Datuk Dr Sangkar meletakkan jawatan sebagai Pengerusi MPN Sabah adalah tidak munasabah.

“Beberapa perkara yang kami lihat kenyataan 15 ketua cabang ini adalah hal menukar pengerusi MPN Sabah ini tidak pernah berbangkit di mesyuarat-mesyuarat sebelum ini, kita telah lalui lima mesyuarat tahunan pada tahun lepas, tidak pernah berbangkit sekalipun agenda menukar Pengerusi MPN Sabah.

“Ketika pada hari Ahad lepas saudara Razif Ketua Cabang Tuaran telah berdiri dan meminta Pengerusi MPN Sabah Datuk Dr Sangkar dengan secara terhormat untuk meletakkan jawatan atas beberapa sebab.

“Jelas tindakan ini membelakangi proses musyawarah, sepatutnya perkara ini dibawa dalam perbincangan dalam mesyuarat dan ada saluran parti, ikutilah saluran tersebut bukan hanya mengeluarkan kenyataan media dan sidang media yang menggambarkan pergolakan dalaman parti yang mengakibatkan parti ini dilihat lemah oleh luar,” katanya pada sidang media di Pejabat MPN Sabah di sini, hari ini.

Zaidi berkata, sebarang keputusan atau penukaran Pengerusi MPN Sabah adalah atas kuasa presiden.

“Pengerusi MPN ini dalam perlembagaan perkara 21(8) iaitu Pengerusi MPN setiap negeri hendaklah dilantik oleh presiden setelah berunding dengan ketua-ketua cabang di negeri-negeri berkaitan maksudnya lantikan ini adalah di atas kuasa presiden dan untuk perletakan ataupun memohon Pengerusi MPN ini dibawa kuasa presiden, bagi kami biarlah perkara yabg dibangkitkan ini mengikut saluran betul,” jelasnya.

Menurut Zaidi, perkara menukar pengerusi MPN Sabah bukanlah perkara biasa dan sudahpun berlaku sebelum ini yang dilakukan oleh beberapa individu sama (ketua cabang).

“Sebelum inipun sudah berlaku pergolakan menukar Pengerusi MPN Sabah dan beberapa individu yang terbabit dalam 15 ini pun inilah individu yang pernah menukar Datuk Christina Liew dulu sebagai Pengerusi MPN, jadi perkara ini perkara biasa yang pernah berlaku dalam PKR.

“Ya kita faham ini lumrah dalam politik tapi bagi saya matlamat tidak menghalalkan cara mereka dengan alasan pengerusi MPN tidak perform ataupun konsisten dalam melaksanakan program memperkukuhkan parti, alasan mereka ini tidak munasabah, ia adalah untuk kepentingan peribadi mereka.

“Justeru, kami menyokong penuh kepimpinan Datuk Dr Sangkar Rasam sebagai Pengerusi MPN Sabah,” tegasnya.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Ketua MPWK Sabah, Noriha Yakub, Pemuda, Wanita dan Srikandi cabang PKR dari daerah-daerah lain.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Memahami Bidang Kuasa TYT Sabah & Mengapa Tun Musa Aman Dilantik?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular