HomeUtamaMetMalaysia laksana ujian siren amaran awal tsunami di Labuan dan Kota Belud

MetMalaysia laksana ujian siren amaran awal tsunami di Labuan dan Kota Belud

Read Time:58 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di empat lokasi esok.

Antara lokasi yang terlibat adalah di Masjid Al-Muttakin, Kg. Kerupang, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan; Masjid Al-Muzakirullah, Kg. Lubuk Temiang, WP Labuan; Balai Bomba Layang-layangan, WP Labuan dan Pondok Polis Kuala Abai, Kota Belud.

“Dimaklumkan bahawa MetMalaysia akan melaksanakan pengujian siren SAATNM pada 21 Mac 2024 (Khamis) di empat lokasi di WP Labuan dan Kota Belud Sabah.

“Antaranya ialah di Masjid Al-Muttakin, Kg. Kerupang dan Masjid Al-Muzakirullah, Kg. Lubuk Temiang, WP Labuan yang bermula jam 9 hingga 11 pagi,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Selain itu, ujian turut dilaksanakan di Balai Bomba Layang-layangan, WP Labuan bermula jam 3 hingga 5 petang.

Manakala di Sabah, ujian sama turut diadakan di Pondok Polis Kuala Abai, Kota Belud bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

MetMalaysia turut menasihati penduduk di kawasan sekitar agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja. MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,”katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Potensi limau bali di Sabah perlu terus diterokai petani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular