HomeUtamaLelaki warga Pakisan ditahan, simpan 108kg gula pasir tempat tiada lesen

Lelaki warga Pakisan ditahan, simpan 108kg gula pasir tempat tiada lesen

Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga Pakisan ditahan, disyaki menyimpan sebanyak 108 kilogram (kg) gula pasir di tempat yang tidak dilesenkan.

Berikutan maklumat awam, sepasukan anggota Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah telah menjalankan Ops Tiris ke atas taman perumahan sekitar Likas, Kota Kinabalu hari ini.

Pengarah KPDN Sabah, Georgie Abas berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan sekitar jam 10.27 pagi itu mendapati sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi berada dalam pagar sebuah rumah memuatkan gula pasir.

“Pemeriksaan lanjut yang dijalankan oleh anggota Penguat Kuasa KPDN Sabah terhadap kenderaan terbabit telah menemui sebanyak 108 kilogram gula pasir di bahagian belakang kereta tersebut tanpa sebarang dokumen yang sah dan pemilik juga tidak mempunyai lesen atau permit untuk menyimpan gula pasir di tempat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Georgie berkata, Penguat Kuasa KPDN Sabah telah mengambil tindakan dengan menahan seorang lelaki warga Pakistan berusia 30 tahun yang disyaki pemilik untuk siasatan lanjut.

“Sebanyak 108kg gula pasir telah dirampas bersama kenderaan dengan nilai sitaan dianggarkan berjumlah RM50,307.80.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan- Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kementerian Kewangan berjaya tingkatkan pendapatan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular