HomeUtamaProgram Rumah SMJ perkasa keluarga luar bandar

Program Rumah SMJ perkasa keluarga luar bandar

Read Time:2 Minute, 17 Second

KIULU: Ramai keluarga miskin di kawasan luar bandar Sabah melihat inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) sebagai penyelamat dari situasi sukar, walaupun ada sesetengah pihak yang mempersendakan slogan Jata Sabah tersebut.

Di Kiulu sahaja, lebih 40 keluarga telah pun mengalami impak transformatif daripada program rumah SMJ yang diterajui oleh kerajaan GRS-PH Plus sejak dua tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai berkata, seramai 20 keluarga di kawasan beliau bakal mendapat manfaat daripada inisiatif tersebut pada tahun ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan GRS berkata kesan inisiatif itu turut dirasai di seluruh Sabah kerana setiap DUN diperuntukkan 20 buah rumah SMJ.

“Impak SMJ merupakan ‘game changer’ (pengubah keadaan) dan tidak harus diperkecilkan.

“Sebelum kerajaan GRS-PH Plus, kawasan DUN Kiulu hanya diperuntukkan antara empat hingga lima buah rumah bantuan untuk golongan miskin tegar setiap tahun,” katanya.

Baru-baru ini, Joniston menyerahkan kunci rumah SMJ kepada penerima dari beberapa kampung di sini.

Beliau turut meluahkan rasa kecewa terhadap ejekan dilontarkan oleh pihak pembangkang yang mengambil kesempatan untuk menjadikan usaha SMJ sebagai perbatuan politik tanpa mengambil kira kesan sebenar terhadap kehidupan rakyat Sabah.

Menyentuh tentang perubahan besar yang dibawa oleh kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Joniston sekali lagi menekankan pertambahan peruntukan yang diberikan kepada ADUN di mana RM3 juta diperuntukkan di bawah pentadbiran GRS-PH Plus berbanding RM1.5 juta di bawah kerajaan terdahulu.

“Peningkatan dana ini membolehkan kita menangani keperluan mendesak rakyat luar bandar secara berkesan.

“Ia menunjukkan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan bantuan penting sampai kepada mereka yang memerlukannya serta memastikan wakil rakyat bertanggungjawab menguruskan dana mereka secara berkesan,” kata Joniston.

Dalam majlis penyerahan kunci rumah SMJ, penerima Waitin Banggang dari Kampung Ranau-Ranau berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberikan bantuan rumah dan kestabilan yang diperlukan kepada beliau.

Joniston menyerahkan kunci rumah SMJ kepada Stella Lonsiun dari Kampung Logkou Lama.

“Selepas bertahun-tahun memohon dan gagal dalam percubaan mendapatkan bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), akhirnya memiliki rumah SMJ amatlah bermakna kepada keluarga saya,” katanya.

Stella Lonsiun dari Kampung Logkou Lama, yang telah dua tahun menantikan kelulusan rumah SMJ, berkata dia pada mulanya tidak tahu cara mendapatkan bantuan rumah.

“Terima kasih kepada sokongan dan bimbingan yang diberikan oleh ADUN kami dan pemimpin akar umbi, saya mempunyai pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan usaha SMJ.

“Bantuan ini sangat diperlukan dan saya benar-benar bersyukur,”katanya.

Robert Kampadong dari Kampung Logub turut memuji kerajaan negeri dan menggambarkan komitmen SMJ sebagai telus dalam memperkasa kehidupan penduduk luar bandar.

Joniston (dua kanan) menyerahkan kunci ruma SMJ kepada Robert Kampadong dari Kampung Logub.

“Bagi saya, inisiatif SMJ ini melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat dan saya berharap bantuan rumah ini diteruskan agar mereka yang masih menunggu kelulusan dapat merasai impak yang sama seperti keluarga saya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

MUIS, JHEAINS digesa bincang, kajian bina kuarters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular