HomeUtama13 pelajar direman enam hari, disyaki terlibat kes kematian pelajar asrama

13 pelajar direman enam hari, disyaki terlibat kes kematian pelajar asrama

Read Time:1 Minute, 8 Second

LAHAD DATU: Mahkamah Majistret Lahad Datu hari ini membenarkan tahanan reman enam hari ke atas 13 pelajar disyaki terlibat kes kematian seorang pelajar di asrama Kolej Vokasional di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Dr. Rohan Shah Ahmad berkata, kesemua 13 orang pelajar lelaki kolej berkenaan yang berumur antara 16 hingga 19 tahun ditahan reman selama enam hari itu bermula 23 hingga 29 Mac ini untuk siasatan lanjut.

Sehubungan dengan itu, Rohan Shah berkata, hasil siasatan polis mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan,17, dengan sekumpulan penghuni asrama kolej berkenaan berkaitan dengan masalah kehilangan wang yang berlaku di asrama itu.

“Ianya berikutan daripada dua orang pelajar yang masing-masing kehilangan wang berjumlah RM50.00 dan RM35.00, mangsa dituduh mencuri dan dipukul sehingga mati oleh rakan penghuni asrama kolej berkenaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Rohan Shah, setakat ini, polis mengambil keterangan ke atas 12 orang saksi
bebas yang antaranya empat warden asrama, pengawal keselamatan dan beberapa orang pelajar kolej terbabit.

“Selain daripada itu, ujian saringan awal air kencing terhadap kesemua suspek didapati kesemuanya bebas daripada penyalahgunaan dadah.

“Pihak polis turut merampas lagi dua belas buah telefon pintar milik suspek.

“Pihak polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat milik mangsa daripada Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu, bagi mengenal pasti punca kematian sebenar,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat, taburan hujan lebih rendah –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular