HomeUtamaPeruntukan RM1 juta diluluskan baik pulih Masjid Datuk Seri Panglima Haji Lajim...

Peruntukan RM1 juta diluluskan baik pulih Masjid Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin

Read Time:1 Minute, 16 Second

Beaufort : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini meluluskan peruntukan sejumlah RM1 juta bagi membaik pulih kemudahan dan infrastuktur Masjid Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang terletak di Kampung Kabidang di sini.

Katanya, peruntukan bagi membaik pulih itu adalah bagi mengenang jasa pemimpin itu yang banyak berjasa kepada rakyat khususnya di daerah itu.

“Saya dibisikkan oleh tuan rumah Datuk Isnin (Aliasneh) mengenai satu permintaan yang disebutkan berkaitan sebuah masjid yang dinamalan sebagai Masjid Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin.

“Saya dengan ini meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi membaiki masjid ini khususnya kemudahan para jemaah.  Inilah keprihatinan Kerajaan, mana-mana keperluan rakyat yang dikehendaki, kita akan bantu sedaya upaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Beaufort di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifi Mohd Arif; Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias Datuk Isnin Aliasneh dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Dalam pada itu, Isnin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri atas kelulusan peruntukan yang akan memberi keselesaan kepada masyarakat khususnya jemaah masjid.

“Peruntukan yang beliau umumkan adalah sempena memperingati jasa-jasa Arwah Datuk Seri Panglima Haji Lajim dimana ianya adalah atas permintaan jawatankuasa masjid.

“Masjid ini ditukar nama dari Kampung Kabati Kabidang ditukar kepada Masjid Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin.  Saya ingat banyak lagi pembangunan yang beliau bagi dari masa ke masa,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

RM7 juta disediakan untuk fasa pertama naiktaraf 38 Tamu Desa di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular