HomeIsu tempatanPelajar tajaan YBR mangsa kebakaran terima bantuan

Pelajar tajaan YBR mangsa kebakaran terima bantuan

Read Time:1 Minute, 25 Second

PAPAR: Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah menyantuni seorang pelajar tajaan yang baru sahaja menerima tawaran Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU).

Pelajar berkenaan merupakan antara mangsa kebakaran dalam kejadian membabitkan kemusnahan 10 buah rumah di Kampung Laut Bongawan pada 4 Mac lalu, telah mendapat perhatian YBR.

Sehubungan dengan itu, Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, beliau terpanggil untuk melihat sendiri keadaan pelajar tajaan YBR, Norwardina Abd Sani, 21, yang telah kehilangan harta benda akibat kebakaran itu.

“Bantuan yang diberikan ini tidak mampu membantu mereka sekeluarga sepenuhnya, namun diharapkan sedikit sebanyak mengurangkan penderitaan yang perlu ditanggung untuk meneruskan pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Selain itu sumbangan ini juga membantu untuk pembelian keperluan dan peralatan persekolahan adik-adik Norwardina yang baru memulakan persekolahan pada 11 Mac lalu,” katanya yang tampil sendiri menyampaikan sumbangan tunai di Kampung Laut Bongawan di sini, hari ini.

Syaiful berkata, YBR amat prihatin dengan musibah yang dihadapi Norwardina dan keluarga yang yang kini hanya tinggal sehelai sepinggang.

Justeru, beliau turut memohon agar mereka yang berada diluar sana tampil membantu mereka sama ada dalam bentuk bantuan tunai atau lain-lain keperluan.

“Semoga mereka sekeluarga dipermudahkan segala urusan di bulan Ramadan yang mulia ini dan juga mendapat lindungan dari Tuhan,” katanya.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR,
Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Sementara itu, Norwardina turut mengucapkan terima kasih kepada pihak YBR
kerana sudi hadir untuk melihat sendiri keperitan yang ditanggung dan berasa amat bersyukur dengan bantuan yang telah disampaikan itu.

Pada tahun 2023, YBR memperuntukkan lebih RM335,000 bagi pemberian sumbangan dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik serta bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan sosio ekonomi penerima melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perluas kerjasama peringkat antarabangsa dalam pengurusan bencana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya