HomeUtamaAmbil peluang kukuhkan institusi kekeluargaan di bulan Ramadan

Ambil peluang kukuhkan institusi kekeluargaan di bulan Ramadan

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Umat Islam dinasihatkan agar mengambil peluang sempena bulan Ramadan ini untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator  Dr. Zulkifli Hasan berkata, terdapat kajian yang menunjukkan hubungan kekeluargaan sepanjang tahun mendapati hubungan silaturahim, kekeluargaan dan kemasyarakatan tinggi di bulan Ramadan. 

“Peluang untuk berkumpul bersama keluarga, bersahur dan berbuka bersama-sama di bulan Ramadan ini merupakan peluang untuk memperbaiki dan mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan.

“Selain itu juga, umat Islam amat digalakkan untuk berinfak dan bersedekah sempena bulan mulia ini bagi membantu mereka yang kekurangan.

“Pada hari ini (semalam), saya berbesar hati kerana berpeluang untuk menyampaikan sumbangan dan saya mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sabah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sabah dan semua penyumbang lain atas sumbangan yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Iftar Komuniti Madani di Masjid Al-Munir Kg. Darau, di sini semalam.

Dalam pada itu, Zulkifli memaklumkan siasatan berkenaan isu stoking tertera kalimah Allah kini sedang dijalankan.

“Kita tunggu siasatan dilakukan dan saya percaya pemantauan dan penguatkuasaan giat dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Sehubungan itu, saya sarankan semua agar kekal tenang dan tindakan sewajarnya akan dikenakan kepada mereka yang terlibat,” katanya.

Pada majlis itu, beliau sempat mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk di sekitar Kg. Darau dan menyampaikan sumbangan Bakul Rahmah kepada 110 golongan asnaf, anak yatim, Orang Kurang Upaya (OKU) dan ibu tunggal.

RELATED ARTICLES
Utama

JENDELA : Sabah harap 60 peratus menara telekomunikasi siap dipasang hujung...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular