HomeIsu tempatanLebih 300 asnaf terima bantuan kewangan, bakul makanan

Lebih 300 asnaf terima bantuan kewangan, bakul makanan

Read Time:1 Minute, 19 Second

Keningau : Lebih 300 asnaf sekitar daerah Nabawan dan daerah kecil Sook menerima sumbangan bantuan berbentuk kewangan dan bakul makanan yang diadakan sempena majlis iftar Ramadan Agrobank 2024.

Majlis yang diadakan di Masjid Ar-Raudah Sook itu disempurnakan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, program itu bertujuan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim diantara masyarakat serta pemimpin setempat.

“Ini merupakan amalan saya setiap tahun sebagai wakil rakyat di mana perbezaan bangsa atau agama tidak menjadi penghalang kepada kita untuk sentiasa bersama dan saling membantu.

“Semoga majlis ini dapat memeriahkan lagi suasana bagi rakan-rakan kita yang sedang menunaikan ibadah puasa,” katanya.

_cuva

Beliau berkata, sejajar dengan aspirasi kerajaan dalam mencapai keterangkuman sosial, inisiatif seperti ini amat digalakkan.

“Saya berterima kasih kepada pihak Agrobank di atas penganjuran majlis seperti ini di Sabah dengan meraikan setiap lapisan masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, Agrobank mengambil peluang itu untuk berkongsi rezeki bersama komuniti di Sabah di samping membawa keceriaan kepada mereka yang memerlukan sempena kehadiran Syawal yang bakal menjelang.

“Kami percaya program seumpama ini dapat mengeratkan perasaan kasih sayang dan memupuk tali persaudaraan sesama muslim sejajar prinsip tanggungjawab sosial korporat kami.

“Golongan asnaf ini tidak wajar ketinggalan dalam meraikan keistimewaan bulan mulia Ramadan mahupun kemeriahan Aildilfitri seperti orang lain,” katanya.

Terdahulu di majlis yang sama, Agrobank menganjurkan Program Celik Wang dan Ceramah agama bertajuk Ramadan Berkat, Taqwa Meningkat yang telah dihadiri oleh lebih 50 pelajar daripada Sekolah Menengah Sook, Sabah. –SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 2,000 pengunjung imarahkan Konvensyen Al-Quran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya