HomeUtamaBentuk perpaduan dan persaudaraan di bulan mulia

Bentuk perpaduan dan persaudaraan di bulan mulia

Read Time:1 Minute, 10 Second

Beaufort: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Pakatan Harapan (PH) Plus Sabah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dilihat berjaya membawa pelbagai pembangunan dan pelaburan kepada negeri ini.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Klias Datuk Isnin Aliasneh berkata, ia merupakan satu pentadbiran yang terbaik meskipun pelbagai tohmahan dilemparkan kepada Ketua Menteri.

“Alhamdulilah pada hari ini (semalam), kita telah bersama-sama berbuka puasa dengan Ketua Menteri di daerah Beaufort khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias.

“Antara intipati ucapan Ketua Menteri, beliau mengajak kita kearah persaudaraan, membentuk perpaduan sempena bulan puasa untuk kita menghindarkan segala tohmahan yang dilemparkan kepada beliau.

“Bagi saya, dalam pentadbiran Kerajaan pimpinan Ketua Menteri, kita melihat bahawa ianya satu pentadbiran yang baik sekali walaupun banyak tohmahan yang telah dilemparkan kepada beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis berbuka puasa Gagasan Rakyat Bahagian Klias yang dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di perkarangan Masjid Daerah Beaufort di sini semalam.

Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Isnin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, Ketua Menteri turut meminta agar masyarakat untuk sentiasa mengelakkan segala fitnah khususnya di bulan Ramadan.

“Walaupun kita ketahui bahawa semua itu hanya fitnah saja dan beliau tadi berpesan pada kita supaya mengelakkan segala fitnah terutama pada bulan mulia ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

MUIS, JHEAINS digesa bincang, kajian bina kuarters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular