HomeUtamaDepoh air kedua diaktifkan di LRA Kogopon

Depoh air kedua diaktifkan di LRA Kogopon

Read Time:1 Minute, 18 Second

Papar : Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) mengaktifkan satu lagi depoh air di Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon di sini semalam bagi mengurangkan kesesakan trafik di loji berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana daerah Papar Mohd Fuad Abdullah berkata, pengaktifan depoh itu sekaligus menjadikan jumlah depoh air di daerah ini adalah sebanyak dua depoh.

“Bagaimanapun, proses penghantaran air ke kawasan terjejas mengalami sedikit kelewatan ekoran kerja-kerja penggantian valve di loji berkenaan.

“Kerja-kerja itu mengambil masa sejam yang bertujuan untuk mempercepatkan proses pengambilan air di loji terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mohd Fuad berkata, JETAMA Sdn Bhd turut membantu mengisi tangki air statik di lapan kawasan iaitu Surau Kg Sekayan, Masjid Pengalat Besar, Masjid Kg Kuala, Masjid Kg Kelanahan, Masjid Kg Tengah Kinarut, Surau Kg Somboi Kinarut, Kg Anak Kinarut dan Dewan Kg Biau.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar turut terlibat dalam misi penghantaran air ke empat kawasan.

“Antaranya iaitu di Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pantai Manis sebanyak 2,000 liter, SMAN Toh Puan Hajah Rahmah (5,000 liter), SMKA Tun Datu Mustapha (20,000 liter) dan SMK Kinarut (8,000 liter).

“Orang ramai yang berada dalam situasi kecemasan akibat fenomena EL Nino ini, boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang dianggotai pelbagai agensi serta jabatan dan telah diaktifkan 24 jam di Aras Bawah, Bangunan Urus Setia Daerah Papar dan talian 088-914999,” katanya.

Dalam pada itu, sebanyak 44 buah kampung, 36 sekolah, 16 taman perumahan dan lapan rumah ibadat dalam daerah Papar yang membabitkan 150,000 penduduk terjejas akibat kemarau. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

MUIS, JHEAINS digesa bincang, kajian bina kuarters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular