HomeUtama10 rumah musnah terbakar, 65 hilang tempat tinggal

10 rumah musnah terbakar, 65 hilang tempat tinggal

Read Time:38 Second

KOTA KINABALU: Kira-kira 65 penduduk hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran yang melibatkan 10 buah rumah di Kampung Likas awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.11 pagi tadi (24 Mac).

“Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Lintas dibantu pasukan dari Balai Kota Kinabalu dan Penampang bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketua operasi melaporkan terdapat kejadian kebakaran melibatkan 10 buah rumah jenis separuh kekal terbakar 100 peratus yang melibatkan 17 keluarga dan 65 isi rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tiada mangsa terlibat dilaporkan dalam kebakaran itu.

“Operasi pemadaman terkawal pada jam 4.16 pagi dan operasi ditamatkan pada jam 6.49 pagi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kelab Lions mampu membawa perubahan positif dalam komuniti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya