HomeUtamaSabah mampu jadi negeri terbaik dalam tempoh lima tahun

Sabah mampu jadi negeri terbaik dalam tempoh lima tahun

Read Time:1 Minute, 45 Second

Tuaran : Sabah mampu menjadi antara negeri terbaik di negara ini  dalam tempoh lima tahun akan datang berdasarkan perancangan Kerajaan untuk meningkatkan ekonomi dan pembangunan negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perancangan itu adalah berdasarkan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang telah banyak membawa pelbagai program dan pemulihan ekonomi rakyat di Sabah.

“Apa yang penting ialah perancangan untuk membantu dan meningkatkan lagi taraf sosio ekonomi rakyat.  Semua ini adalah berdasarkan hala tuju SMJ yang kita bangunkan selepas kita berada dalam pandemic COVID-19 yang begitu teruk apabial saya mengambil alih tampuk Kerajaan setahun selepas menjadi Ketua Menteri.

“Banyak premis perniagaan ditutup, inilah cabaran dan suasana apabila saya mengambil alih tampuk Kerajaan, tetapi dalam diam-diam saya Menyusun, mengatur dan memperkenalkan hala tuju SMJ.

“Dalam hala tuju ini, jika diberi kepercayaan oleh rakyat kita, saya yakin dalam masa lima tahun dari sekarang, kedudukan Sabah akan naik ditangga teratas di Malaysia berdasarkan perancangan Kerajaan untuk meningkatkan ekonomi dan pembangunan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa di perkarangan Masjid As Sajidin Kampung Tambalang Tuaran di sini petang tadi.

Hadir sama Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abd Rahman dan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Abdul Kassim Razali.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman juga mahu daerah itu menjadi model terbaik dalam soal perpaduan selain menyokong penuh Kerajaan Negeri pada masa ini.

“Saya mahu Tuaran menjadi contoh terbaik dalam memberi sokongan padu kepada Kerajaan Negeri sekarang,” katanya.

Beliau mengulangi gesaan agar rakyat tidak terpedaya dengan berita palsu dan fitnah pembangkang yang memperlekehkan Kerajaan Negeri.

Pada bulan Ramadan, Hajiji berkata, jadual yang cukup padat tidak menghalang untuk beliau meluangkan masa untuk bertemu rakyat dan berbuka puasa bersama.

“Esok (Isnin) saya akan ke Pulau Pinang untuk berbuka puasa bersama 1,400 pelajar tajaan Yayasan Sabah,” katanya.

Beliau juga menyeru orang ramai mengambil peluang untuk mengeratkan hubungan dan silaturahim sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

“Janganlah kita lupa tentang mereka yang kurang bernasib baik juga,” katanya.

Dalam majlis itu, Hajiji menyampaikan sumbangan kepada 728 penerima dari 21 kampung di Mukim Tambalang. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kementerian Kewangan berjaya tingkatkan pendapatan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular